• Bijak Membuat Pilihan, Cerah Masa Depan


    Zaman global ini memerlukan kita membuat pilihan secara bijak dan cermat. Sedikit kesilapan mampu mengundang bencana besar terhadap kita. Hari ini ana telah membantu teman rapat ana membuat keputusan. Dia dalam dilemma untuk menggugurkan satu subjek lagi kesan daripada dasar kerajaan yang mewajibkan semua calon SPM mengambil 10 subjek sahaja kecuali pelajar Sekolah Agama dalam peperiksaan mulai tahun ini.

    Jika dilihatkan dari sudut kebaikan, ini menjadikan persaingan antara pelajar lebih adil dan seimbang. Barulah kita dapat melihat keseimbangan dalam pembahagian bantuan dan biasiswa terhadap pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang mendapat 10 A1 dalam subjek teras serta subjek sains seperti kimia, fizik dan biologi dengan pelajar mendapat 16 A1 tetapi mengambil subjek yang tidak berapa bernilai untuk ke IPTA. jika dilihatkan kepada kuantiti sudah tentu pelajar yang mendapat 16A itu akan layak tetapi jika dilihat kepada kualiti, pelajar 10A1 wajar diberikan tempat di sini.

    Dasar Kementerian Pelajaran untuk menjadikan pencapaian pelajar bukan hanya diukur melalui keputusan peperiksaan haruslah disokong. Ini adalah kerana, tidak semua pelajar yang mempunyai kemampuan yang sama. Dasar ini juga mampu membina golongan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, juga cemerlang dari segi gerak kerja dan sahsiah. Ada pelajar yang sanggup menjadi mat buku sahaja untuk cemerlang dalam peperiksaan. Akibatnya, aktiviti kokurikulum dipandang sepi.

    Zaman globalisasi ini menuntut kita menjadi manusia yang seimbang dari segi rohani, sahsiah, fizikal dan intelek. Masa depan negara pasti cerah sekiranya sekolah-sekolah yang ada di Malysia ini mampu melahirkan golongan sedemikian. Ana tertarik dengan matlamat sekolah lama ana, Victoria Institution iaitu melahirkan cendiakawan, ahli sukan dan manusia yang berhemah tinggi. Maka tidak hairanlah mengapa sekolah lama ana ini mampu menjadi gudang melahirkan manusia yang berguna pada bangsa dan negara.

    Setiap cadangan pasti ada baik dan buruknya, keburukannya bagi dasar ini adalah pelajar tidak akan dapat menunjukkan kemampuan sebenar mereka dalam pelajaran. Selepas ini, tiada lagi pelajar yang akan menjadi selebriti seperti Nur Amalina Che Bakri yang mendapat keputusan paling banyak A1 pada tahun 2004.

    Cikgu ana pernah berkata, mengapa perlu ambil banyak subjek sedangkan kita tahu cita-cita. Ibarat kita sedang bermain layang-layang, seandainya benang kita kukuh, tidak kemana layang-layang kita. Mengapa perlu diubah suai layang-layang itu, bukannya menjadi lebih baik, malah mungkin menjadikan layang-layang itu tidak terbang langsung. Maksudnya disini, sekiranya kita ada cita-cita contohnya menjadi jurutera, mengapa perlu bersusah payah ambil subjek banyak-banyak sedangkan untuk membina asas untuk jadi jurutera hanya ilmu sains seperti Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan, bukannya subjek biologi dan lain-lain. Jadi disini, pelajar harus pandai menilai sesuatu sebelum buat keputusan.....Ingat, Bijak Membuat Pilihan, Cerah Masa Depan



  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan