• Hidup Hanya Sekali, Jadi...........

    "Orang cakap, hidup ini hanya sekali, jadi jom kita enjoy!"

    Hari ini ana terfikir tagline drama Puteri arahan Aziz M Osman. Memang, hidup ini hanya sekali, mati itu adalah pasti, persoalannya, adakah perlu kita enjoy?

    Marilah kita bersama-sama merungkai persoalan ini, apa makna enjoy? Enjoy dalam bahasa Melayunya bermaksud bergembira. Gembira dalam Kamus Dewan edisi ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud sangat suka... Hidup ini tiada salahnya berhibur, tetapi mestilah ada batas dan adabnya. sebagai Melayu, kita hendaklah sentiasa berpegang pada prinsip bangsa, kerana itulah identiti kita.

    Budaya timur sememangnya sangat indah, penuh dengan adab dan tatasusila, cantik tersusun madah dan bahasa, indah tersemat seni dan budaya.. Mengapa perlu kita sebagai generasi muda perlu membentang sejadah berkiblat ke barat, mengagung-agung budaya barat seolah-olah kita tiada adat dan budaya. Bangsa kita ini cukup bertamadun, malah pernah dikagumi oleh segenap masyarakat di dunia, mengapa perlu malu mengaku bahawa kita ini melayu.

    Ana sebenarnya cukup terkilan apabila ada seorang artis yang menyatakan dia akan nampak bodoh sekiranya bertutur dalam bahasa Melayu. Ana ingin melontarkan persoalan padanya, apakah dia sedar atau tidak yang dia sedang meludah ke muka nenek moyangnya sendiri yang dahulunya bercakap menggunakan bahasa Melayu? Hina sangatkah bahasa ibunda kita sehingga malu bertutur dalam bahasa pertiwi ini? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri...

    Berbalik pada soalan enjoy, mati sentiasa menghampiri kita, umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori kita tatkala kita berjalan di bawah panas terik mentari... Ada kalanya kita selamat, ada kalanya malang menimpa, tetapi mujurlah nyawa kita tidak melayang. Tetapi ingin ana kemukakan soalan disini, berapa ramai yang bersyukur? Erm, pasti sedikitkan. Malah ada segelintir di antara kita dengan muka tembok Penjara Pudunya buat lagi kesalahan yang sama.

    Apa nak jadi ni? Diberi nasihat sudah, diberi amaran sudah, takkan nak tunggu hingga hari pembalasan kut.. Jadi apa yang ingin ditekankan di sini, enjoy tiada salahnya cuma hendaklah berpada-pada. Akhir kalam, ingatlah, rumah kata pergi, kubur kata MARI....





  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan