• "Masyarakat kita memang belum matang berpolitik" - Abg Nuar


    "Pabila emosi menjadi penentu semata-mata, maka hancurlah sesuatu bangsa"

    Begitulah pendapat ana apabila kami membincangkan topik politik semasa minit2 terakhir menjaga Dinotrek. Forum yang disertai oleh empat orang, dipengerusikan oleh Nazmi, Abg Nuar, ana dan kak firah dan diperhatikan oleh seorang pengunjung Dinotrek yang menyokong kenyataan Abg Nuar..

    Hasil daripada perbincangan kami, analisis mengenai PRU 12 disimpulkan bahawa perubahan mendadak kuasa kepada pembangkang adalah disebabkan rakyat kita bertindak membuang undi mengikut emosi... Kerana ketidak puasan hati terhadap pemimpin2 sebelah kerajaan, mereka sanggup tidak datang mengundi langsung ataupun memangkah untuk pembangkang...

    Antara faktor yang telah diutarakan oleh kami adalah, janji manis pihak kerajaan x ditepati, pemimpin korup dan berbagai2 lagi.. Malah ada yang diantara kami menyimpulkan bahawa pihak kerajaan sekarang tidak relavan.

    Abg Nuar menyatakan bahawa itulah suasana politik sekarang, kita tidak mampu menilai yang mana baik atau buruk... Kalo mampu pun, kita setakat mampu melihat dan tiada pilihan lain lagi.. Beliau ada jgak menyatakan beberapa pemimpin berkaliber, tapi sudah berakhir zamannya... Zaman sekarang kurang ketokohan begitu, kalo adapun, sudah tua dan berapa tahun lagi bley memerintah...

    Mengenai isu di Perak, kami berselisih pendapat... Nazmi dilihat agak pro-pembangkang, Abg Nuar dan ana pro-kerajaan dan kak fira bebas. Tapi masing-masing mengemukakan idea secara berhikmah dan bernas. Kes YB Nizar, isu kerajaan baru Perak dan kedaulatan Sultan disentuh. Kunci kepada kes di Perak ini adalah peranan Sultan. Dalam kes ini, bagi ana, Sultan Perak telahpun membuat pertimbangan yang sewajarnya yang baik untuk rakyat dan negeri baginda. Oleh yang demikian, tidak layak bagi kita sbg rakyat mempertikaikan keputusan baginda Tuanku kerana baginda pernah menjadi hakim dan agak teliti dalam membuat keputusan.

    Perbincangan kami juga menyentuh mengenai isu Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh YB Datuk Seri abdul Hadi, Presiden Pas. Kami menyokong idea itu dan berharap ia bukan retorik semata-mata. Bagi kami, hasrat ini bukan saja menguntungkan Melayu dan Pribumi tetapi Malaysia. Kaum melayu pasti akan bertambah kuat apabila saf antara Pas dan umno dirapatkan. Tapi malangnya idea ini disangkal oleh ahli Pas dan PR sendiri...Mgkin perkembangan ini tidak sihat bagi PR yang mmg bercita2 mahu menumbangkan kerajaan sedia ada..

    Akhir kalam, kesimpulan bagi perbincangan kami adalah, tidak kisahlah siapa yang memimpin asalkan orang yang memimpin itu benar-benar ikhlas menjaga rakyat dan negara ini. Retorik bukan menjanjikan apa-apa pada masa kini, keadaan kini x sama dengan 10 tahun dulu dimana rakyat mudah percaya pada retorik, tetapi sekarang rakyat mulai nampak dan menilai pemimpin itu... Dan apabila kes-kes pemimpin itu dikumpul, maka penilaian pun pasti mengikut emosi, dan akibatnya muka baru yang diketengahkan, ditolak mentah-mentah... Pepatah melayu ada menyatakan, kerana kerbau seekor, habis semua terpalit lumpur... jadi apa yang penting, lu pikir la sendiri...




  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan