• Antara Maruah dan Air Mata


    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

    Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam ini indah dan terbentang luas untuk hambanya menginsafi diri mereka akan kekuasaan tuhan yang maha kuasa.

    Ana mulakan coretan blog ana kali ini dengan surah Al-Asr, atau dalam bahasa melayunya Demi Masa.

    "Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian, melainkan hamba-hambanya yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

    Surah Al-Asr, ayat 1-3

    Hari ini, ana terbuka hati untuk bicara mengenai masa..Masa yang pantas berlalu bak air yang mengalir dalam sungai. Tidak kembali berpatah balik ke belakang. Mengapa bila kita ketika susah baru sibuk nak mendekatkan diri pada yang satu tetapi bila senang, haram nak ingat pada Dia. Nampak sangat yang kita ini mudah terpedaya dengan godaan si syaitan laknatullah. (Ya Allah, lindungilah kami daripada syaitan yang direjam).

    Kali ini, ana menulis dengan hati yang hiba kerna nenek saudara ana baru sahaja menyambut seruan dari Illahi. Ayuh kita sedekahkan surah al-Fatihah kepada beliau......
    Ana melihat dunia ini penuh dengan kemungkaran. Tidak hairanlah di bumi kita ini pun dilanda gempa bumi baru-baru ini. Nampak sangat negara kita pun tidak terlepas dari bencana alam ini.
    Sedarlah, sesungguhnya tuhan memberi isyarat kepada kita yang dunia ini makin kiamat. Malah semasa hari raya kedua hari tu pun, ana ternampak org berbogel jalan di tepi jalan tanpa seurat benang. Nasib baik tak kemalangan ana dibuatnya...

    Minggu ini ana belajar sesuatu dari kehidupan ana. Maruah. Mmg senang apabila kita menyebut maruah. Malah kalau ditanya pada orang, maruah itu adalah harga diri dan bla...bla...bla.... Tapi persoalannya, adakah mereka menjaga maruah diri?
    Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri.

    Anak muda Melayu berkelakuan tidak senonoh, ditambah pula dengan perangai menggedik muda-mudi kita ini tidak menggambarkan peribadi melayu sebenar...

    Yang Kurik Itu Kendi,
    Yang Merah itu Saga,
    Yang Keras itu Takal,
    Yang Baik itu Budi,

    Yang Indah itu Bahasa,

    Yang Cerdas itu Akal.


    Pantun enam kerat ini menggambarkan bagaimana peribadi melayu itu sebenarnya. Tapi kalo nak diukur dengan perihal muda-mudi sekarang, memang jauh panggang dari bara. Hai anak melayu, bangkitlah kalau tidak mahu ketinggalan dalam banyak cabang kemajauan dunia. Ana terasa sangat sedih pabila melihat gejala ini disekeliling ana.

    Sang Lebah menghisap madu,
    Di atas bunga si ulat bulu,

    Orang muda melepas rindu,
    Orang tua menanggung malu.

    Ana ingin mengajak semua yang membaca blog ini agar bermuhasabah dan sentiasa berfikir untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Tiada agama yang mengajak pengikutnya menjahanamkan diri sendiri. Hanya orang-orang berjaya sahaja yang berfikir untuk menjadikan dirinya lebih baik dari hari ini... :)

    Salam muhasabah



  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan