• 2 Tahun - Anugerah Inovasi Negara 2007


    Berdiri dari kiri, Hafiz Mustafa (kapten KAT 2007), Zaim Hamzah (Multimedia NICE 07), Aqmal Abu Hassan (KAT 2007), Puan Norhayati Manap (Pembimbing projek), Puan Hajah Norjah Janudin (Pengurus Projek), Encik Yap Tho Huat ( Penolong Kanan kokurikulum SMTKL),
    Duduk dari kiri : Safuan Zulkifli ( Multimedia dan Pameran NICE 07), Nadia Nazari (Booth NICE 07), Nizom (KAT 2007), Idham Mahdi (Kapten NICE 07), Hakimi Idris (Teknikal Nice 07)



    Pada esok hari, 30 November 2009 pada jam 12.15 p.m, tepatlah dua tahun saya dan rakan-rakan saya, Ahmad Zaim, Hakimi Idris, Safuan Zulkifli, dan Nadia Nazari bergelar pereka cipta muda negara. Sesungguhnya pencapaian ini amat membanggakan sekolah dan kami berasa amat beruntung kerana diberi peluang mencipta nama dalam pertandinga berprestij ini. Kenangan saya dapat menjulang Anugerah Inovasi Negara dihadapan ribuan tetamu yang hadir dalam National Innovation Conference and Exhibition 2007 merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.


    Anugerah ini tambah istimewa kerana disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Menteri MOSTI, Datuk Jamaluddin Jarjis. Secara jujurnya, saya amat merindui saat itu. Bagi saya, segala penat lelah, perit jerih kami semasa menyiapkan persediaan kami sebelum menyertai pertandingan ini terbalas. Alhamdulillah....


    Antara kenangan saya tidak dapat saya lupakan adalah,

    1. Bermalam di dalam bengkel elektronik di sekolah semasa menyiapkan model Efficient Riding System dan presentation. Saya, Zaim, Safuan dan Hakimi bergurau senda sehingga subuh tetapi dalam masa yang sama kerja tetap dijalankan. (ingat curi tulang la tu ya....)

    2. Pengalaman mengebas segala tuala, sapu tangan, sabun dan macam-macam lagi aksesori yang berada di kamar hotel... Hahaha, ye la, first time kut duk hotel 6 bintang...

    3. Bergaduh dengan Zaim pada malam sebelum hari perbentangan projek. Saya faham, beliau mahukan yang terbaik daripada saya. Terima kasih Zaim!

    4. Pengalaman berjumpa dengan Ketua Polis Trafik KL. Inilah pengalaman saya pertama dibidas habis-habisan oleh seseorang yang berpengaruh. Terima kasih tuan.

    5. Pengalaman disco light dirampas senior untuk buat party. Akhirnya ia mencetuskan peperangan antara geng PPI dan senior ketika SPM...hahaha

    6. Tidur berjemaah ketika semua senior sedang beratur untuk perhimpunan pagi sebelum SPm... Hahaha, padan muka dengan dorg...

    Inilah antara kenangan terindah saya dan rakan-rakan semasa terlibat dengan misi ini. Di sini, saya selaku Kapten Anugerah Inovasi Negara 2007 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penasihat projek kami, Puan Hajah Norjah Janudin dan pembimbing kami, Puan Norhayati Manap atas tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Team Inovasi KAT 2007 yang banyak menyokong kami dari belakang. tanpa anda, siapalah kami. akhir sekali, ucapan penghargaan ini saya tujukan pada Tuan Pengetua SMTKL , PIBG, Ibu Bapa kami, rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan, guru-guru, Pemandu bas kami, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih.

    ~proud to be one of the nation historical part~
  • You might also like

    2 ulasan:

    1. rindu zaman kegemilangan tsebut..
      aku harap apa yg kita sedang plan ini dpt mbangkitkan semula kegemilangan itu.. insyaAllah

      BalasPadam
    2. best :)
      wey ak n ayeeda pon tlg kowg gak en tiap2 mlm mase prep . huhu .
      rndu nadia n ayeeda :')

      BalasPadam