• Kumbang Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum


    Assalamualaikum, dan salam perpaduan.

    Apa khabar semua, sihat?. Saya bersuara lagi. Hari ini, saya bertukar idea mengenai topik ini "Kumbang Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum". Hahaha, jangan risau kawan-kawan, saya bukannya demam pada hari ini bercerita mengenai makhluk Allah ini, tetapi cerita mengenai pasangan yang pernah bercinta dan merasai pengalaman bercinta.

    Secara jujurnya, saya bukanlah pandai sangat dalam hal bercinta ini, tetapi kali ini terlintas dalam kotak fikiran untuk bersama-sama berceloteh dalam hal ini. Malah tambah menghairankan apabila orang yang pernah bercinta pun minta pendapat daripada saya yang tidak pernah bercinta ini. Hahaha, pelik betul kan?? (Ini bukanlah iklan untuk mempromosi diri ya supaya sesiapa tackle saya).


    Baiklah, kita masuk kembali ke topik perbincangan kita. Kita biasa mendengar kata-kata hikmah begini untuk menggambarkan bahawa dunia ini banyak pilihan. Betullah, bunga bukan sekuntum kan?? Bumi kita Malaysia ini kaya dengan bermacam jenis bunga seperti bunga raya, bunga kekwa, seroja dan bermacam-macam lagi. Maka pabila banyak bunga yang tumbuh dan berkembang mekar, maka banyak pulalah kumbang yang hinggap.

    Saya berasa cukup hairan apabila mendengar cerita orang yang putus bercinta. Aduh, seperti nak kiamat dunia dibuatnya. Jiwang sana dan sini. Saya harap, kawan-kawan tidak begitu. Ingatlah, hidup mesti diteruskan dan dunia makin tua. Oleh yang demikian, bertindak secara bijak. Bagi yang lelaki, carilah yang lain dan bagi yang perempuan, banyak lagi lelaki yang baik di dalam dunia ini.

    Kadang kala, saya tersentak mendengar soalan daripada rakan-rakan perempuan saya, masih wujudkah lagi lelaki yang baik dalam dunia ini. Seraya saya menjawab ya, lelaki baik ini masih ada dan wujud dalam dunia ini. Lelaki begini biasanya tidak menonjol di depan mata mereka, menjaga maruah dan sentiasa bersifat tenang macam saya (hahaha, perasan). Ya lah, selalunya mutiara memang sukar untuk dicari. Mana ada kita jumpa mutiara di tepi jalan di Kuala Lumpur. Kalau ada pun nasib baik. Mungkin ada orang yang 'sengaja' cicirkan.

    Kalau buaya memang senang dicari dan banyak dalam dunia. Kalau tidak percaya, berdiri sahaja tepi jalan dan jerit "Woi, aku perlukan teman lelaki", maka datanglah lelaki-lelaki 'caberet' itu.

    Oh, ya. Semalam rakan baik saya, Cik Farah berkongsi masalah mengenai perihal rakannya diganggu satu makhluk bernama ulat bulu (Ulat buku pun kacau orang ker??). Iye, memang betul. Ulat bulu ini sesuai diistilahkan bagi lelaki yang suka menggatal pada perempuan. Malah, yang peliknya ulat bulu ini, walaupun dah disembur bermacam-macam jenis racun serangga, masih lagi tidak mati. Degil betul kan?

    Masalah yang sama juga pernah diutarakan oleh teman rapat saya, katanya dia dikacau oleh makhluk sebegini yang tidak faham bahasa yang dia tidak mahu diganggu oleh orang lain. Malangnya amaran ini tidak dihiraukan oleh pemangsa. Aluyay, sedarlah wahai ulat bulu, jangan jadi seperti minah jual nasi lemak tidak laku dan basi, buruk benar rupanya.

    Nasihat saya bagi rakan-rakan saya yang terkena ulat bulu ini. Bertenang dan jangan hiraukan dengan gangguan ulat-ulat bulu berikut. Masih banyak lagi lelaki yang baik kat luar sana dan pilihlah yang mana satu berkenan di hati. Kepada ulat bulu pula, berubahlah. Jangan sampai kaum hawa ini mual melihat anda. Kalau nak tackle perempuan pun dan mendesak, apatah lagi bila dah berpasangan dan berkahwin. Alamak, parak la pasangan anda. Jadi ubahlah strategi memikat anda dan pastikan jerat yang dipasang itu mesra alam dan baik untuk kesihatan anda dan mangsa. hahaha...

    Akhir kalam, carilah pasangan yang terbaik untuk anda dalam jika boleh, carilah berlandaskan lujnah agama kerana itulah yang lebih baik.Dan sekiranya ada mendapati pasangan anda tidak sempurna, maka bimbingnya untuk jadi yang lebih baik kerana sesungguhnya manusia itukan sifatnya tidak berapa sempurna. InsyaAllah, pasti hidup anda akan lebih bahagia berbanding hari-hari sebelumnya. Saya akhiri kalam saya pada hari ini dengan kata-kata hikmah,

    "Perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitulah yang sebaliknya"

    p/s : Caberet itu adalah golongan bawahan yang tiada maruah. Biasanya dikaitkan dengan penari kelab malam.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan