• "Uit" dan "Rit"

    Assalamualaikum dan salam satu malaysia,

    Apa khabar semua! Bertemu semua kembali dalam ruang blog nie. Hahaha... Syukur sebab diberikan hidayah untuk menulis dalam blog ni. Tajuk kali ini agak mudah, yakni "uit dan rit". Hah, apa ke bendanya tue.. Dari mana saya dapat idea tuk menulis benda nie... Adalah... Saya akan huraikan satu persatu nanti ya...

    Zaman global kini memaksa kita berfikir lebih jauh. Ye lah, perbagai skandal berlaku disekeliling kita. Dengan perihal pemimpin kita, kes-kes jenayah dan bermacam-macam lagi. Senang cerita, Malaysia kini tidak begitu aman seperti dulu. Saya harap pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh YB Datuk Hishamuddin peka mengenai hal ini. Lakukan tindakan yang wajar untuk mengekang kejadian tidak baik ini sebelum negara kita menjadi negara yang penuh ngan gejala yang boleh merugikan negara kita sendiri.

    Untuk dua tiga hari ini, saya tidak menulis blog, tetapi membaca blog sahaja. Terima kasih kepada blog encik Amir Hamzah, blog Umno Johor dan Minda Intelek Melayu kerana menyiarkan berita yang tidak memihak kepada mana-mana pihak tetapi menjurus kepada pembangunan bangsa dan negara. Saya akui, blog seperti umno johor adalah blog milik sesebuah parti, tetapi tunjangnya bukanlah menyuruh undilah umno atau sebaliknya, tetapi yang penting isi.

    Masyarakat kita ini hanya suka menilai sesuatu daripada cakap-cakap orang, tidak suka menyelidik dan mengkaji sesuatu perkara. Dan apa yang saya perhatikan, kebanyakkan daripada kita lebih suka mengikut bontot pemimpin itu bulat-bulat dan suka cakap belakang tanpa mengetahui cerita sebenar perkara yang dibincangkan itu. Aduhai, bilalah bangsa kita mahu maju.


    Duit dan kuasalah punca bangsa kita berpecah


    Ok, bercerita mengenai "uit dan rit", saya sangat tertarik dengan isu yang diutarakan ini. Saya dapat idea untuk menceritakan hal ini daripada blog encik Amir Hamzah (segalanya mungkin),
    komen daripada salah seorang pembaca setia. Katanya, "orang laki ni lemah dua benda je "UIT" dan 'RIT" ", dan saya amat setuju dgn pendapat beliau.

    Kenapa saya amat setuju, kerana itulah yang boleh menyebabkan orang lelaki tidak tentu arah. Lelaki kalau tidak mempunyai uit, bangaimana nak berfoya-foya, nak berbelanja, nak tunjuk kekayaan... Malangnya bila Allah dah bagi nikmat sebegitu, kufur pula. Memang dasar manusia betullah. "Rit" pula adalah sesuatu yang ada pada kaum hawa. Nie pun boleh buat kaum adam celaru. Ye la, kalo kat dalam dunia nie, penagih ketagih nak dadah, bagi kaum laki, inilah yang meneutralkan nafsu mereka. jadi kat sini, saya ingin menasihati kepada kaum hawa diluar sana, jagalah mahkota milik anda kerana ia adalah untuk orang yang bergelar suami anda sahaja.

    Zaman sekarang bergantung pada dua benda ini sebenarnya... Tiada "uit dan rit", laki mmg tiada kuasa untuk menakluk dunia. Iye ker?? Kenapa kita tidak kembali bertunjang pada Al-Quran dan sunnah. Kenapa kita tidak mengikut contoh zaman anbiya dan kerajaan Islam lama yang mampu bertahan selama 6 abad? Memang benarlah dunia Islam masa kini hanya berada di bawah tapak kaki penjajahan barat.

    Kita sebagai umat Islam perlu sedar dan bangkit kerana ini melibatkan maruah kita sebagai umat Islam akhir zaman. Kita mengaku kita umat Nabi Muhammad SAW, manusia yang diiktiraf dunia paling terbaik dalam sejarah peradaban manusia, tetapi kita selaku pengikutnya tidak mengamalkan apa yang dilakukan baginda. Jadi, apa yang saya tekankan disini, lu pikir la sendiri. :)


  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan