• Last Post untuk Jocelyn @ UTM


    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera...

    Saya menulis lagi seperti biasa, meluahkan pelbagai suka duka, lara dan hiba yang sering bercampur baur seperti kuah roti canai mamak. Hurm, minggu ini merupakan minggu terakhir peperiksaan bagi semester 2 tahun 2009.

    Seperti biasalah, semua orang dah start cuti, cuma saya sahaja yang terhegeh-hegeh stay kat ksj tu buat kerja untuk program saya dan juga program open day. Memang ia agak memenatkan tetapi demi komitmen dan amanah JKM KSJ, saya tunaikan amanah itu dengan sebaiknya..

    Minggu ini, semua orang gembira kerana telah menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai mahasiswa UTM sepanjang sem 2 ini. Alahamdulillah, itu sudah cukup bagus. Bagi yang berjaya untuk sem ini, tahniah. Bagi yang kurang bernasib baik, ayuh kita berusaha bersama-sama kita tingkatkan prestasi untuk sem hadapan. Gunakan masa dengan sejenak untuk berfikir di mana silapnya percaturan kita.

    Sebenarnya, dalam lubuk hati saya, terdetik rasa sedih dan terkilan kerana saya kehilangan seorang lagi rakan baik saya di UTM. Setelah saya kehilangan toiletmate dan juga coursemate baik saya, Shahrul, kini Jocelyn pula meninggalkan saya. Hurm, mungkin bagi beliau tidak ada apa-apa kesan kerana kami jarang bersua, tetapi sesi perbincangan dan mengenakan orang di ym buat saya sangat sangat mengangkat dia sebagai rakan baik saya di UTm. Lihat saja dalam fb, Jocelyn adalah orang pertama yg jadi BFF saya dalam fb. Sudah semestinya beliau telahpun mempunyai tempat tersendiri dalam diri saya.

    Secara jujurnya, saya memang kekok bergaul dengan perempuan, perwatakkan saya kadang kala agak kasar sehinggakan ada perempuan yg membenci saya, tetapi saya dengan beliau bagaikan sudah biasa malah kami selesa kena mengena antara satu sama lain walaupun kadang kala menyakitkan hati. Isu-isu antara kami seperti isu sate kucing, bercakap dengan pintu PSZ sebenarnya telah mematangkan perhubungan saya dengan Joyce. Itulah sebab mengapa saya rasa pemergian beliau kali ini satu kehilangan besar buat saya. Mungkin saya sudah tiada lagi orang untuk dijadikan target bergaduh lagi di UTM selepas ini sebab kerana dialah, tekanan saya komitmen seharian saya hilang. Beliau seorang sangat ceria dan juga energetic.

    Saya teringat bagaimana saya dan Ijam terfikir untuk kenakan joyce mengenai isu tenuk. Hurm, memang kelakar sehinggakan kami kena tempiasnya termasuk Hafiz. Tak pasal-pasal dapat nama tenuk, tapir dan cipan sorg satu. Tetapi kami tidak kisah dan menganggap ia hanyalah gurauan semata-mata.

    Perihal saya dan jocelyn sebenarnya sudah cukup jauh. Kami cukup selesa berkongsi masalah masing-masing dan juga sejarah hidup lama. Iyelah, cara hidup saya memang agak kontra berbanding beliau kerana saya adalah anak jati KL dan beliau dari bumi kenyalang, Sarawak. Sudah tentunya sangat berbeza.

    Bagi saya, Jocelyn adalah seorang yang tekun dan bersemangat. Dia sanggup mencari tutor bahasa Melayu untuk memperbaiki bahasa Melayu. Ia adalah satu sikap yang amat positif dan harap ia berkekalan. Saya sangat-sangat rasa kesal kerana tidak dapat membantu beliau dalam penguasaan bahasa Melayu walaupun saya tahu saya mampu membimbing beliau. Nasihat saya untuk Jocelyn, ilmu kebahasaan adalah ilmu praktikal, maka ia adalah melalui pengalaman kita. Awak akan belajar hal itu apabila awak ambil TESL nanti. Belajar BM dan BI sebenarnya adalah suatu benda yang sama.

    Mengenai isu Kem Karisma, secara jujurnya saya letakkan nama beliau adalah untuk mengenakan beliau disebabkan perbualan kami mengenai pengalaman camping. Tetapi saya tidak menjangka kesan buruk yang bakal berlaku ke atas beliau seperti kesihatan dan juga lain-lain lagi. malah sehingga kini, saya rasa bersalah sebab beliau sahaja pelajar bukan melayu yang pergi kem itu. Walau bagaimanapun, saya amat, amat, amat mengagumi beliau diatas kekuatan mental dan fizikal beliau menghadapi kem itu, malah kumpulan beliau berjaya merangkul dua ganjaran atas hasil usaha mereka. bermula dari detik itulah saya mengenali Jocelyn dengan lebih mendalam mengenai sejarah hidup beliau. Jangan risau, joyce, saya akan simpan pglaman dan juga cerita hidup awak baik2...

    Joyce, ini adalah harapan dan pesanan terakhir daripada saya, saya tidak mampu untuk menghalang keputusan awak dan mungkin awak merasakan ia adalah option yang terbaik. Saya harap agar awk sentisa berusaha untuk menuju kejayaan. Usaha-usaha yang baik awak teruskan dan saya senantiasa bersenang hati untuk berkongsi ilmu dengan awak dan saya harap begitu juga bagi awak. Sekiranya saya menyakiti hati awak dan buat awak terasa sepanjang perkenalan kita di UTM, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf atas kesalahan itu. Saya sebenarnya amat mamandang kehadapan untuk berkerja dengan awak tetapi aturan tuhan tidak mengizinkan.

    Semoga berjaya dan ceria dalam kehidpan baru di IPG dan berbanggalah menjadi salah seorang bakal warga pendidik nusa dan negara. Kerjaya guru itu sebenarnya amat mulia di sisi tuhan dan mata masyarakat dan saya yakin awak mampu lakukannya. Saya tidak pasti saya akan pergi atau tidak ke Sarawak pada tahun ini atas urusan kerja, tapi jika ada, saya amat berbesar hati untuk pergi ke negeri awak pada bulan Disember depan. :)

    Semoga ceria-ceria selalu dan saya doakan agar Jocelyn dan keluarga, Cik Tam dan Putih sihat sejahtera bersama. Kawan yang baik memang sukar diganti sukar diganti dan saya amat bersedih atas kehilangan ini.

    Salam hormat dan Sayang,
    -Idham Mahdi-

    19 April 2010, 1.56 ptg
  • You might also like

    1 ulasan: