• World Cup dan Pandai Cakap

    Bercerita mengenai world cup, pastinya debaran siapakah yang bakal menjulang piala berprestij bola sepak ini sudah terjawab. Sepanyol telah menjulang piala emas bola sepak. Memang sudah dijangka, juara Eropah itu pasti mengulangi rentak mereka dalam kempen Euro 2008 yang lalu....

    Pasukan Sepanyol bangkit daripada kekalahan perlawanan pembukaan untuk menjulang piala dunia tahun ini

    Tiada siapa sangka, Sepanyol yang dikecam hebat ketika kalah pada pasukan kerdil, Switzerland pada perlawanan pembukaan kumpulan piala dunia lalu akan bangkit dan akhirnya berjaya naik ke pentas selaku johan. Tahniah buat pasukan Sepanyol. Benarlah ramalan Paul The Octopus yang menyatakan Spain akan menang perlawanan akhir kali ini...

    Oh-ho, tahniah juga buat Belanda. Pasukan Belanda telah berjaya membuktikan bahawa semangat berpasukan lebih baik daripada sebuah pasukan yang mempunyai pemain skil yang terbaik. Ramai yang menyangka final menemukan Argentina-Brasil tetapi akhirnya dua pasukan ini yang berjaya layak ke final. Tahniah, tahniah....

    Belanda berjaya membuktikan semangat berpasukan lebih hebat daripada pasukan berasakan skil individu

    Pandai cakap??? Apa cerita nie?? Iye lah, orang kan hanya tahu cakap jew. Buat? Hampeh... Ala, macam ahli politik kita la (Bukan semua, segelintir). Sudah-sudah la menipu orang kita. Nak tipu rakyat dan juga anak buah sendiri. kan bodoh namanya?

    Ingatlah, setinggi mana pun tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah jua... So pikir-pikir la bagi yang memimpin di luar sana.... Usah berpikir hanya untuk jadi popular sahaja, tetapi kepentingan bersama diabaikan.

    Hari ini, terpampang di dada akhbar mengenai kemelut pasir di negeri paling maju di Malaysia, Selangor. Apa sudah jadi? Mana pergi penguat kuasa yang konon amanah, cekap dan adil. Apakah mereka ini hanya makan gaji buta dan pekakkan telinga dengan masalah rakyat. Tolonglah jadi pemimpin yang baik kerana rakyat ini mengharap sesuatu yang baik daripada kalian, sebagai pemimpin. Kami tidak kisah apa parti yang anda wakili, tetapi biarlah hak umum kami dipelihara...

    Hidup rakyat, kuasa rakyat!!!
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan