• Aduhai Indonesia...


    Sekali lagi, pada hari ini, rakyat Indonesia merusuh di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, di Jakarta, Indonesia. Kali ini bukan mengenai isu Manohara atau tarian pundit yang dikatakan diciplak dari mereka, tetapi isu penahanan warga mereka oleh pihak berkuasa di Malaysia.

    Yang peliknya, 7 orang nelayan negara kita yang kena tangkap dengan pihak berkuasa Indonesia tidak pula kita kecoh. Apa ke halnya semua ini? Dah la tu, dengan tanda nama kedutaan kita di sana dipalit dengan lumpur lagi, aiyoo, memang tidak bertamadun betul. Kemudian ada yang berdiri atas tembok kedutaan kita dengan melaungkan kata-kata anti-Malaysia.

    Saya sebenarnya tidak faham mengenai gelagat saudara-saudara kita di seberang sana. Nak kata kita ini mempunyai budaya yang terlampau berbeza, tidaklah sangat. Malah, dalam lipatan sejarah pun, Indonesia dan Malaysia serta Brunei dan Singapura mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi malah dikatakan serumpun melalui semangat bangsa Melayu. Malah, sejarah penubuhan kerajaan Melayu lama di sekitar kawasan Kepulauan Melayu ini saling menyokong dan bersangkut paut.

    Bukan nak cakap siapa betul atau sebaliknya, tetapi jika kita memandang dari sudut pro dan kontra, memang sudah menjadi adat, pasti ada persamaan. Isu tarian pundit, ciplak lagu rasa sayang sayange, burung kakak tua serta jet jet semut sepatutnya tidak timbul kerana Malaysia dan Indonesia adalah dari rumpun bangsa yang sama, iaitu bangsa Melayu. Buktinya adalah

    1. Di Malaysia terdapat juga bangsa Melayu-Bugis-Jawa-Minangkabau yang sememangnya jika disusuri sejarah mereka ini adalah dari Tanah Besar Indonesia dan berhijrah beratus-ratus tahun dahulu atas dasar sosialisasi dan juga politik

    2. Melaka, negeri Melayu pertama di Tanah Melayu yang mempunyai raja asalnya dari putera Raja Palembang, Parameswara yang juga orang Srivijaya. Jadi tidak mustahil mengapa ramai warga Melayu Indonesia sudah berhijrah di sini bertahun-tahun lamanya.

    Tambahan pula, di Malaysia ramai pekerja-pekerja Indonesia mencari rezeki di sini. Malah, ada juga yang tidak mahu pulang ke negara asal mereka dan ingin menjadi warga tetap di Malaysia. Ada orang Malaysia kisah tentang itu. Jika ada, dah lama kami meradang dan juga lancarkan kempen seperti mana BENDERA (BENTENG DEMOKRASI RAKYAT atau PEOPLE'S DEMOCRATIC DEFENCE) lakukan di Indonesia pada rakyat Malaysia di sana.

    Saya sempat membaca sesi temubual wartawan The Star bersama Ketua BENDERA mengenai perjuangan mereka untuk 'menganyang Malaysia';

    Soalan : Bila BENDERA mula diwujudkan?
    Adian : BENDERA diwujudkan lebih kurang dalam 2 bulan lebih.

    Soalan : Apa agenda BENDERA diwujudkan?
    Adian : Untuk membela hak dan nasib rakyat Indonesia.

    Soalan : Apa kaitan perjuangan menuntut keadilan hak rakyat ada kaitan dengan "sweeping orang Malaysia"?
    Adian : Kita "sweeping Malaysian" kerana kerajaan Malaysia telah melakukan "sweeping Indonesian".

    Operasi tersebut cuma berlaku dalam tempoh 30 minit dan dihentikan oleh pihak Polis Indonesia. Beliau tidak terlibat dalam aksi tersebut kerana mempunyai tugas lain sewaktu kejadian 8 Sept itu berlaku.

    Soalan : Apa tindakan anda jika berjaya menahan atau menangkap rakyat Malaysia pada hari tersebut?
    Adian : Kita akan arahkan "suruh pulang ke Malaysia".

    Soalan : Kenapa ahli kumpulan BENDERA membawa dan dilengkapkan dengan buluh tajam?
    Adian : "Inilah simbol menuntut kemerdekaan sewaktu dijajah oleh Belanda", katanya.

    Soalan : Adakah anda akan menggunakan buluh tajam tersebut ke atas rakyat Malaysia yang ditangkap pada harti itu?
    Adian : Kita cuma gunakan senjata tersebut jika berada di Malaysia.

    Beliau merujuk kepada pengumuman meluas melalui media Indonesia dan Indonesia oleh BENDERA pada 8 Oktober kelak dimana inilah Hari Pembalasan kepada segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap Indonesia. Beliau kemudiannya menyerahkan 4 mukasurat "DEKLARASI PERANG BENDERA" dengan tajuk utama "GANYANG MALAYSIA!". Dalam deklarasi tersebut menyatakan Rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (senjata tradisional Indonesia) akan digunakan dalam pertumpahan darah untuk menghancurkan keangkuhan Malaysia. Juga tersenarai dalam deklarasi tersebut ialah kemarahan rakyat Indonesia dalam isu-isu seperti kepulauan yang merangkumi Pulau Sipadan, Ligitan dan Jemur. Mencuri atau menciplak kebudayaan Indonesia yang merangkumi makanan atau masakan rendang, lagu-lagu seperti Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua dan Anak Kambing Saya. Tak terlepas isu kontroversi yang terbaru melibatkan tarian Pendet. Isu pekerja Indonesia yang didera oleh majikan Malaysia melibatkan Nirmala Bonat pada tahun 2004, dimana telah didera dengan seterika panas, disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cawan logam secara kejam menghangatkan isu mengapa BENDERA perlu bertindak.

    Soalan : Bagaimana rancangan anda untuk menyerang Malaysia?
    Adian : Beberapa minggu yang lepas 10 perisik BENDERA telah menyusup masuk ke Malaysia. Tujuan mereka adalah untuk menubuhkan satu rangkaian dikalangan pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia. Beliau mendakwa misi tersebut telah berjaya meyakinkan 1.45 juta pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia untuk bertindak membuat rusuhan seperti membakar tempat dimana mereka bekerja apabila BENDERA melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia.

    Apabila wakil The Star cuba menarik perhatian beliau berkenaan perbelanjaan sebanyak RM145,000 yang akan ditanggung untuk membuat SMS kepada 1.45 juta rakyat Indonesia di Malaysia, beliau nampak bengis sedikit dan terus mencelah bahawa mereka mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya. "Di atas kertas kami sudah pun menang", kata beliau lagi.

    Menurut beliau lagi, pada perang dunia kedua pihak sekutu mengambil masa 2 bulan untuk membuat persediaan sebelum menyerang Jerman. Namun BENDERA tidak memerlukan tempoh selama itu kerana mereka telah pun mempunyai 1.45 juta rakyat yang sanggup bersekongkol melaksanakan konspirasi tersebut di Malaysia. Inilah yang membezakan pandangan kami dengan apa yang dinyatakan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dimana Indonesia tidak mampu menyerang Malaysia disebabkan 1.8 juta rakyat Indonesia yang kini berada di Malaysia. Namun pendapat BENDERA kedudukan tersebut adalah satu kekuatan yang sudah ada wujud dimana 1.8 juta rakyat Indonesia yang berada di Malaysia akan memudahkan rencana mereka untuk menakluk Malaysia.

    Beliau seterusnya mula membuat serangan keatas Malaysia dengan menunjukkan gambar Nirmala. "Jika Malaysia dan Indonesia adalah satu rumpun, mengapa harus mereka mendera satu rumpunan sendiri?", jelas beliau. "Mengapa pihak Polis, Tentera dan RELA Malaysia mendera rakyat Indonesia?" sambil menunjuk gambar-gambar yang ada dengan nada marah. "Tahukah anda, selang dalam tiga hari seorang rakyat Indonesia didera di Malaysia", katanya lagi. Beliau juga mendakwa bahawa 300 rakyat Indonesia telah dilatih menjalani latihan "ilmu kebal" yang mana mapu menjadikan mereka kebal dari ancaman senjata tajam dan juga peluru akan mula menyerang Malaysia bermula di Borneo melalui Kalimantan terus menyusup ke Sabah dan Sarawak. Dari Pontianak (di Kalimantan) mereka akan terus mara ke Kuching, Sarawak dan terus menawannya. Kemudiannya dari Nunukan (di Kalimantan) mereka terus mara ke Sabah. Ditanya apakah nama bandar yang berdekatan dengan Nunukan di Sabah, beliau tidak tahu nama bandar tersebut. Namun tekad mereka adalah untuk menawan bandar tersebut. Sebagai rujukan, Tawau adalah bandar yang dimaksudkan. Dalam tempoh enam hingga lapan bulan beliau dengan yakin bahawa mereka mapun menawan Kuala Lumpur.

    Ditanya mengapa mereka tidak terus sahaja membuat serangan ke atas Kuala Lumpur? "Menurut taktik militari Mao, pertama kita mesti menawan kampong-kampong dan kemudiannya baru laha menyerang dan menawan bandar-bandar", jelas beliau.

    Soalan : Apa pandangan awak terhadap Malaysia?
    Adian : "Jahat", kata beliau yang belum pernah ke Malaysia.

    Soalan : Adakah ini merangkumi 26 juta rakyat Malaysia?
    Adian : "Sekiranya 26 juta rakyat Malaysia masih membisu berkenaan rakyat Malaysia yang telah menyalahi undang-undang dengan mendera rakyat Indonesia, maka semuanya adalah jahat", jelas beliau lagi.

    Soalan : Apa perasaan kamu sekarang setelah bertentang muka dengan seorang rakyat Malaysia?
    Adian : "Mukanya baik. Mukanya lucu. Mukanya tak ada niat jahat.", katanya sambil tersenyum sambil diiringi gelak tawa warga Indonesia yang lain turut sama mendengar temuramah tersebut.

    "Adakah awak orang Malaysia?", tanya Poltak Sitanggang seorang pemilik laman web berita yang juga baru selesai menemuramah Adian. "ya, saya orang Malaysia", kata wakil The Star. "Kenapa tidak kita "sweep" saja orang ini", cadang Poltak kepada Adian. "Oh tidak, beliau ni lucu orangnya", celah Adian. Adian terus menyerang dengan mendakwa bahawa Malaysia telah mengekspot 2 orang pengganas (Noordin Mat Top dan Dr Azahari Husin) ke Indonesia. Dan masyarakat dunia terus mengutuk Indonesia dipenuhi oleh pengganas.

    Soalan : Adakah benar, kerajaan Indonesia tidak menangkap kamu kerana pada pandangan mereka rancangan penaklukan yang dirancangkan adalah tidakbenar atau omong kosong?
    Adian : Dengan wajah marah beliau menjawab, " Pihak Polis telah menduduki ibupejabat BENDERA". Beliau juga telah menerima panggilan telefon yang mana menyatakan sokongan, namun panggilan yang cuba memujuk atau memberi amaran untuk tidak bertindak akan tidak dilayan. Diberitahu mengenai kenyataan rasmi kedutaan Indonesia di Malaysia yang menyatakan pendirian mereka berkenaan rancangan penaklukan oleh Bendera, beliau menjawab bahawa itu adalah pandangan kedutaan. Menurut beliau lagi itu adalah kerana bukan kerajaan Indonesia yang akan menyerang Malaysia tapi akan dilakukan oleh BENDERA

    Bukan apa la, tapi dah memang terang lagi bersuluh, mereka ini hanya menanam tebu di bibir. Malah, adalah tidak melampau saya nyatakan disini, seandainya mereka berfikir panjang, mereka pasti tidak terlintas untuk berkata sedemikian. Bukan mahu menunjuk, tapi lihatlah sendiri, negara mana antara penyumbang terawal untuk tabung bencana Tsunami di Acheh beberapa tahun lalu, negara mana yang membuka ruang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Indonesia, negara mana lagi yang sanggup membantu rakyat negara Indonesia yang kemiskinan kalau bukan Malaysia?

    Sikap segelintir rakyat Indonesia yang hanya mahu mencari salah Malaysia amatlah dikesali, seolah-olah Malaysialah punca segala-galanya. Golongan ini sudah lupa bahawa Malaysia sudah banyak membantu mereka dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Sebagai contoh, Malaysia bermurah hati untuk sama-sama membangunkan satelit dan indonesia juga mendapat manfaatnya melalui sektor perhubungan. Syarikat GLC Malaysia juga membeli tanah di Indonesia untuk menjamin bekalan padi ke Malaysia dan pekerjanya terdiri daripada beribu-ribu rakyat Indonesia di sana.

    Apa yang saya kesalkan melalui tulisan kali ini adalah, sikap segelintir rakyat Indonesia yang tidak bersyukur amat memualkan saya. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi sebelum Allah SWT menarik balik nikmat yang diberi....



  • You might also like

    1 ulasan: