• Dalang kepada Penunjuk Perasaan Terbongkar!

    Hanya kerana duit, sanggup menjual maruah untuk berdemostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia. Aduhai, apakah terlalu terdesak rakyat Indonesia ini memerlukan wang untuk kehidupan seharian sehinggakan telah dipergunakan oleh golongan tertentu bagi mencapai agenda yang tersendiri.

    Akhbar Utusan hari ini mendedahkan kegiatan ini telah didalang orang ketiga dengan membayar segelintir rakyat negara merah putih itu berdemostrasi dihadapan kedutaan dengan melakukan perkara-perkara seperti membakar bendera dan juga melontar najis ke dalam kedutaan.

    Saya penuh yakin dan pasti, mereka yang melakukan sedemikian ada niat yang tersembunyi dan juga berkepentingan dengan negara kita.

    Dari segi analisis sejarah, Indonesia merdeka atas jasa Parti Komunis Indonesia (PKI). Jadi saya melihat bahawa, PKI masih lagi bernafsu untuk menubuhkan sebuah negara Indonesia Raya yang menggabungkan Malaysia, Brunei dan juga Indonesia selaku pusat kuasanya.

    Yang kedua, masalah politik dalaman Indonesia seperti korupsi, salah guna kuasa serta kewibawaan Presiden RI, SBY juga adalah faktor kejadian ini berlaku. Bukan apa, media Indonesia sengaja menggembar-gemburkan serta perbesarkan isu penangkapan 3 orang pegawai Indonesia oleh Malaysia sehinggakan ada rakyatnya yang tersalah faham dan berprotes kononnya untuk menegakkan kebenaran. Semuanya bagi mengalih perhatian rakyat mereka kepada isu lain.

    Yang ketiga, masalah politik dalaman di Malaysia. Kemungkinan juga orang kita yang mengupah rakyat Indonesia untuk berdemostrasi bagi mengugat kredibiliti kerajaan Malaysia. Maklumlah, dalam negara pun, kecoh isu Anwar Ibrahim bersama kes liwatnya, isu wakil rakyat DAP yang sesuka hati mempermainkan agama Islam dan juga isu karenah parti pembangkang yang tidak pernah selesai.

    Walau apapun kemungkinan siapa dalam sebalik semua ini, seperti biasa, rakyat Malaysia masih lagi nenunjukkan sikap cool dan rileknya. Kita lebih senang mengambil tindakan tunggu dan lihat serta sudah terhantuk baru terngadah. Mungkin semua ini disebabkan rakyat kita tidak mengambil tahu hal ini ataupun mereka tahu, tetapi MALAS untuk bertindak.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan