• Dah nak abih cuti dah.....

    Hari ini adalah hari Ahad, 19 September 2010 bersamaan 10 Syawal 1431H. Wah, cepat betul kan masa berlalu. Dah hari kesepuluh Syawal. Hari ini juga hari terakhir cuti untuk raya. Alamak, kena gi kuliah dan tension nak siapkan assignment yang berlambak-lambak macam Gunung Everest di Banjaran Himalaya. Hurm, tapi saya dah berpakat dengan Cik Miera, ehem...ehem saya untuk siapkan semuanya malam ini. Tu pun kalo x terkorban dek ubat tidur malam ni...hahahha


    Untuk hari ini, pada pagi ini, saya telah diserang penyakit yang paling ganas di dunia...Brutel beb... Bukan apa, bunyi bila kena penyakit ini, satu blok flat boleh dengar kot... Kemudian, kelajuan cecair yang keluar daripada hidung pula mampu memcecah 200km/j kot.. Penyakit yang saya maksudkan adalah selsema dan batuk. MasyaAllah, memang pagi ini saya diuji dengan penyakit ini dan ternyata SENGSARA hidup saya.

    Alhamdulillah, setelah melilau cari ubat, saya pun mencuba tips yang diberikan Cik Miera kita... Katanya,

    " Minumlah air panas "

    Mak ai, x melecur pulak anggota dalaman saya minum air panas, latah saya... huhuhu. Akhirnya, saya suamkan air itu sedikit dan minum... Huh, terima kasih Allah, sudah sembuh. Terima kasih juga pada Cik Miera kerana memberi klue untuk sembuh hari ini.

    Jadi, hidup perlu diteruskan. Buat yang telah pergi kita hadiahkan al-Fatihah dan Doa, buat yang masih lagi ada, sayangilah dan cintailah sepenuh hati...

    Salam sayang untuk semua...
    Idham M
    Malaysia!




  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan