• Teks Ucapan Untuk Malam Penghargaan Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan 2010


    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Assalamualaikum wrbh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

    Alhamdulillah hirabbil alamin, wassolatu wassalam wa' ala asyrafil anbiya iwal mursalin, wa'ala alihi wassobbihi ajmain.

    Yang saya hormati, Encik Noh Muhamad Adlan Mohd Noh, Pengetua Kediaman Siswa Jaya, Encik Sharil Abdullah, Penasihat Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan, JKM KSJ, Encik Mohd. Najib bin Masroom, Mantan Penasihat, Felo-Felo Jemputan, Saudara Mohd. Shahril Zaabar, Presiden JKM KSJ, Ketua-Ketua Jabatan Akademik, Saudara Luqman Failei dan Shafiah Samingan, warga kerja JADP dan rakan-rakan seperjuangan dalam program.

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan InayahNya, dapat kita berkumpul dan bersama-sama meraikan nikmat yang telah diberikan Allah kepada Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan, JKM KSJ dalam satu majlis yang penuh sederhana dan syukur iaitu Malam Penghargaan JADP 2010.

    Hadirin sekian, malam ini sebenarnya malam untuk kita semua, meraikan hasil padi yang telah berjaya dituai sepanjang tahun. Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan pada tahun ini saya kira berjaya membawa dimensi baru dalam suasana di KSJ. Kita berjaya menjalinkan kerjasama dengan PSZ dalam penyediaan Reading Station pada setiap foyer di blok-blok kediaman. Selain itu, kita telah berjaya menganjurkan program sendiri, program berbentuk khidmat bakti pendidikan (USR), 1Malaysia Camp-In Sahabat 2010 pada bulan Julai dan juga memperkukuhkan lagi Pesta Hari Terbuka KSJ dengan menganjurkan sub-program Legasi Kemerdekaan pada bulan Ogos lalu.

    Sudah semestinya semua kejayaan ini adalah daripada hasil usaha, titik peluh kita semua yang berjaya memperkuatkan hati kita untuk menjadikan program-program ini satu realiti. Saya yakin dan penuh percaya, rakan-rakan saya yang berada dihadapan saya ini adalah mereka yang berada di barisan hadapan pimpinan mahasiswa kelak, insyaAllah.

    Di kesempatan ini, saya dan seluruh warga kerja serta AJK Program naungan JADP ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Tidak dilupakan, penasihat Jabatan, Encik Mohd. Sharil Abdullah dan mantan Penasihat, Encik Mohd. Najib bin Masroom atas tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan kami.

    Ucapan terima kasih juga kami tujukan buat para felo yang banyak membantu kami semasa menjalankan program antaranya Dr. Azlan, Puan Naimah dan Puan Raja Aida serta rakan kepimpinan JKM KSJ yang diterajui oleh Saudara Shahril dan yang lain.

    Semoga para hadirin dapat menikmati santapan yang disediakan pada malam ini dan harap gembira sepanjang majlis ini. Sekian Terima kasih.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan