• Istimewanya Camp-In Sahabat Bagi Saya


    Big Family of Camp-In Sahabat 2010

    Secara jujurnya, apabila saya memikirkan ketika mula-mula saya terfikir nak buat program ini, saya tidak menyangka bahawa sejauh ini saya mampu pergi. Mampu menganjurkan sebuah program yang mempunyai nilai sentimental dan ketahap bekesanan yang tinggi buat masyarakat sekeliling KSJ dan mahasiswa. Bukan tidak mahu pergi jauh, sebagai contoh buat program ke luar kawasan KL seperti negeri Kelantan, Sabah mahupun Sarawak, cuma saya merasakan, sebagai penghuni KSJ, seharusnya mahasiswa di sini lebih kerap bersama masyarakat dengan membantu membina impian anak-anak muda sekitar KSJ untuk menjejakkan kaki ke IPTA terutama universiti yang paling dekat dengan mereka, UTM International Campus.


    Bagi saya, (Universiti Social Responsibility) USR itu seharusnya perlulah kerap dianjurkan dalam kampus dan kolej, cari mereka yang berpotensi untuk ke Universiti, supaya mereka tahu apakah itu 'kampus life', apa itu universiti, apakah sama seperti sekolah, ataupun kehidupan hanya belajar 24 jam tanpa henti? Maka disinilah kita dapat lihat signifikannya peranan mahasiswa bagi membuka minda dan mata adik-adik kita di luar sana mengenai persoalan, "Mengapa Mereka Harus Masuk Ke Universiti?"


    Program ini saya bentangkan buat kali pertamanya semasa Kursus JKM di Port Dickson hampir setahun yang lalu. Idea itu diterima oleh Tuan Pengetua dan Para Felo untuk dimajukan. Maka, saya mengambil langkah untuk membuat kertas kerja. Proses menyiapkan kertas kerja saya akui, memang amat rumit dan payah. Alhamdulillah, rakan-rakan yang lain seperti Luqman, Kak Syafiah, Kak Hidayah, Kak Najwa, Izani dan Arif banyak menyokong saya dari belakang dan memberikan nasihat kepada saya. En. Najib banyak membantu dari segi penyediaan kertas kerja dan saya akui beliaulah playmaker semasa kertas kerja ini digubal. Tanpa beliau, saya rasa saya mungkin gagal.


    Alhamdulillah, dipendekkan cerita, kertas kerja saya lulus di peringkat kediaman dengan jayanya. En. Noh banyak memberikan input dan idea untuk menjadikan program ini lebih efisen terutama dalam pengurusan kewangan dan juga makanan. Itu sebablah mengapa Camp-In Sahabat mempunyai lebihan wang selepas program yang dijalankan. Alhamdulillah, berkat hasil jimat cermat semasa program dijalankan.


    Pemilihan ahli dan workpower Camp-In Sahabat adalah saat terpenting buat sesuatu program. Saya terpaksa berfikir, bagaimana saya mampu menjalankan sebuah program yang berskala besar dengan hanya sedikit tenaga kerja. Sudah tentu, saya harus memilih mereka yang benar-benar terbaik untuk menjadi tunjang program ini. Maka poster untuk mencari mereka yang istimewa ini pun dibuka dan borang diedarkan. Dan berikut adalah mereka yang terpilih pada asalnya sebagi AJK Camp-In Sahabat.


    *Muhammad Firdaus

    *Muhammad Lokman Sahani

    *Syafiqah Harun

    *Syimah Nadhirah

    *Afiq Baharin

    *Safuan


    dan termasuk dengan ahli jabatan sendiri iaitu Luqman, Kak Shafiah, Kak Hidayah, Patrick dan Arif Tukiman. Kemudiannya, saya mendapat khabar bahawa Afiq Baharin menjadi PP Temmasya'10 dan Safuan yang saya lihat menjadi rakan baik beliau sudah semestinya akan mengikut Afiq, jadi digugurkan dalam AJK Camp-In Sahabat bagi memberi laluan kepada tugas baru beliau. Kemudian, saya secara personal menarik Hazwan, Hafiz, Astina (melalui Syafiqah) dan Haziq untuk menganggotai Program Camp-In Sahabat.


    Fasa untuk meluluskan program ke peringkat Pejabat HEP (kini HEM) saya akui memang detik yang getir. Terpaksa turun naik ke pejabat HEP, berjumpa dengan staf HEP, dimarahi, dikomen macam-macam mengenai kertas kerja dan juga kesalahan pada asalnya, memang menjatuhkan saya. Saya sedih, dan kadangkala hilang punca dan arah. Mujurlah Allah kurniakan beberapa hamba Allah yang banyak membantu saya, memberi nasihat dan memperkuatkan hati saya dalam jihad saya ini. Alhamdulillah dan saya harap mereka senantiasa dirahmati Allah SWT hendaknya.


    Akhirnya, setelah 3 hari berunding bersama En. Sharil, kertas kerja saya lulus. En. Sharil banyak membantu saya dari segi bagaimana untuk menjadikan program itu lebih baik. Dan nasihat yang saya pegang adalah, setkan tujuan atau destinasi yang hendak dituju. Saya akui, semasa saya gubal kertas kerja Camp-In Sahabat (CIS), saya tidak terfikir apa yang jadi pada masa program itu berjalan. Terima kasih, En Sharil. Program CIS telah lulus secara rasminya dan peruntukan HEP sebanyak RM2500 diberikan kepada program ini.


    Apa pengajaran yang saya dapat dari fasa ini? Meskipun En Sharil penasihat jabatan saya, ia adalah bukan 'tiket percuma' untuk saya menjual idea dan mendapat kelulusan dengan mudah. Saya harus berusaha, dengan lebih gigih untuk meyakinkan pihak atasan. Malah, pengalaman saya bertemu dengan beliaulah saya belajar cara-cara untuk bertemu dengan orang atasan dan pengalaman ini saya guna pakai semasa membuat perbentangan kertas kerja Temmasya'10 di hadapan Dato' Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia tiga bulan selepas itu.


    Lulusnya program ini di peringkat HEP bukanlah satu tahap yang boleh dianggap selesa. Malah, saya dapat rasakan seperi bebanan batu bertimbun-timbun mula dipikul oleh saya. Saya memulakan langkah pertama dengan mengatur strategi yang berkesan untuk langkah awal bagaimana untuk mencari kewangan CIS. Setakat ini, kewangan CIS hanyalah RM 5000, hasil sumbangan daripada pihak kolej dan HEP. Setelah beberapa kali memerah otak, akhirnya Patrick tampil memperkenalkan orang baru. Maka muncullah bintang baru CIS yang saya kenali pada asalnya, Bob atau nama sebenarnya Aizat Hisham. Orangnya besar, kalau cepuk saya yang kecil orangnya, sudah tentu masuk ICU saya dibuatnya.


    Walau bagaimanapun, hasil sentuhan Aizat dan Patrick inilah yang berjaya menarik Proton untuk bersama-sama dalam projek CIS. Semasa perbentangan bersama Dato' Syed Zainal Abidin di HQ Proton, Shah Alam, mereka berjaya menarik perhatian Dato' dan meyakinkan beliau untuk menaja program yang baru bertapak ini. Alhamdulillah, PROTON bersetuju untuk menjadi penaja program ini dengan peruntukan RM 2500. Sebelum itu, CIS juga menerima sumbangan RM 500 daripada YB Dato Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa.


    Akhirnya, CIS berjaya mengumpul kewangan sebanyak RM 8000 untuk menjalankan program CIS dengan jayanya. Proses gerak kerja pun bermula pada hujung cuti semester bulan Jun. AJK CIS dipanggil pulang 2 minggu sebelum buka semester. Pada masa itu. kira-kira 60% kerja berkaitan CIS telah pun siap. Jemputan sekolah telahpun dihantar dan begitu juga dengan kebenaran pihak KPM dan juga JPWP KL.


    Kami terapkan hidup secara bersederhana. Malah, makanan pun kami masak sendiri. Sama seperti gerak kerja Temmasya'10. Detik-detik menarik tidak dapat kami lupakan. Hubungan kami erat seperti keluarga. Di sebelah pagi, kerja-kerja pentadbiran seperti surat dijalankan manakala sebelah malam, latihan dan juga simulasi program diadakan. Saya sangat mengkagumi usaha semua ahli. Nak kata semua daripada KKDK, tidak. Hanya seorang sahaja, itupun Haziq. Tapi semangat mereka untuk belajar perkara baru membuatkan saya mengkagumi cara kerja mereka. Memang betullah seperti apa yang diperkatakan, dalam kepimpinan kita perlu ada rasa percaya, dan anak buah akan membalas kepercayaan kita. Dan saya yakin, konsep 'Hands On Minds On' dan 'Perfecting Everybody' berkesan untuk CIS.


    Pelbagai kejutan dan Sinar baru muncul dalam CIS. Malah, Ketua Fasilitator CIS sebenarnya adalah tidak diduga. Secara jujurnya, saya ingin memilih Haziq kerana beliau berpengalaman dalam KKDK dan juga aktiviti kendalian HEP, tetapi Firdaus berjaya meyakinkan saya bahawa Hafiz ada bakat terpendam dan mampu ditonjolkan. Maka saya beristiqamah memilih jalan yang sebaliknya dan mempercayai Firdaus. Alhamdulillah, memang benar katanya dan pilihan beliau perform dengan baik. Mungkin bagus juga begitu, Haziq dan Firdaus mampu dialihkan peranannya kepada Moderator Aktiviti. Gabungan Haziq-Firdaus ini menjadikan jadual CIS tersusun dan menepati jadual yang dirancang. Alhamdulillah, aktiviti sepanjang CIS berjalan dengan baik.


    Gabungan Admin yang terdiri daripada Kak Shafiah-Syafiqa-Kak Hidayah-Astina-Kak Syimah memang menakjubkan. Kerjanya sistematik walaupun kadang kala melakukan kesalahan. Walaupun begitu, saya yakin dan penuh percaya, mereka belajar daripada kesilapan. Dan saya berbangga dengan hasil kerja mereka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana huru-hara pentadbiran CIS jika tiada anak buah yang berdedikasi seperti mereka. Urusan surat menyurat, telefon pihak-pihak tertentu, kewangan, jual beli di pasar dan lain-lain bukanlah satu kerja yang senang. Malah gabungan kimia sikap baran Syafiqa yang mahu menjadikan kerja cepat siap digabungkan dengan sikap tenang Astina, sikap pemalas tapi kerja jalan kak Syafiah, sikap tenang tapi tegas Kak Dayah serta sikap cermat dan perfectionist Kak Syimah mungkin kunci kenapa admin CIS teratur. Tahniah dan good job!


    Ayam tambatan CIS, Lokman Sahani, saya akui memang terbaik sentuhan kerjanya. Sebagai AJK Makanan, cara kerja beliau sangat sistematik. Kekuatan beliau adalah seni tawar menawar dan beliau tidak kekok untuk berbicara dengan peniaga untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk makanan CIS. Malah, hasil sentuhan beliau, makanan semasa program CIS berlangsung tepat pada masanya disediakan dan tidak berlaku sebarang perkara yang kuarang enak semasa penyediaan makanan peserta dan juga semasa majlis penutup. Alhamdullilah.


    Bagi melancarkan slot untuk kerohanian, Hazwan adalah orang yang tepat untuk itu. Networking beliau yang kuat dengan pihak masjid berjaya menarik penyertaan Ustaz Khairuddin untu sama-sama menjadi penceramah untuk CIS. Melalui beliau juga, team CIS dan PMI bekerjasama untuk menarik penyertaan pelajar KSJ dalam slot Syarahan Perdana pada malam Sabtu penganjuran CIS. Bagi slot untuk non-muslim, Patrick mencadangkan Michell Anna Jane Yap dan saya menarik khidmat Jocelyn Tumon Anak Jonny untuk memperkasakan bahagian ini. Syukur kerana kimia 3 orang ahli Team CIS ini, mereka berjaya mengerakkan slot non-muslim CIS. Tahniah ya. Rata-rata responden non-muslim saya saya temui memuji hasil sentuhan P-M-J ini.


    Tiga muka baru MTM yang diperkenalkan oleh Haziq, Effendi, Hajar dan Azrina juga tidak kurang hebatnya. Walaupun masih baru, segar dari ladang, tetapi mereka berjaya menyesuaikan diri dalam keluarga CIS. Malah, mereka juga diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Saya yakin, mereka bertiga inilah sekiranya menonjol, mampu diketengahkan sebagai pemimpin mahasiswa kelak. InsyaAllah..


    Saya jujurnya, saya amat mengkagumi segala usaha rakan-rakan saya. CIS pasti tidak seberjaya seperti yang kita nampak tanpa ada orang-orang yang saya ceritakan sebaliknya tadi. Banyak yang kita lalui bersama, harap-harap mana yang baik itu kita simpan sebagai kenangan terindah dan buruk itu jadikan sempadan. Oleh yang demikian, saya ingin mengumumkan beberapa orang yang berjaya perform semasa program berlangsung hasil pilihan dan undi peserta Camp-In Sahabat


    Fasilitator Lelaki

    1. Muhammad Haziq Mohamad

    2. Muhammad Hafiz Zaini (KF)

    3. Muhammad Effendi Ismail


    Fasilitator Perempuan

    1. Astina Tugi

    2. Siti Hajar Zainodin

    3. Syimah Nadhirah


    Untuk best performance pilihan Floor Manager pula adalah;


    Lelaki

    1. Muhammad Lokman Haji Sahani


    Perempuan

    1. Syimah Nadhirah


    Anugerah Perdana CIS jatuh kepada..

    1. Semua Team Camp-In Sahabat

    -Aizat Hisham (Penajaan, Fotografi, Pengangkutan)

    -Patrick (Fasilitator, Pengangkutan, Penajaan)

    -Hafiz (KF, Multimedia)

    -Haziq (Fasilitator, Moderator Program)

    -Firdaus (Fasilitator, Moderator Program)

    -Luqman (TP, Logistik)

    -Hazwan (Kerohanian, Fasilitator)

    -Syimah (Fasilitator, hubungan awam)

    -Syafiqah (SU)

    -Shafiah (Bendahari)

    -Astina (Fasilitator, Hadiah)

    -Hidayah (Fasilitator, Admin)

    -Lokman (Makanan, Hadiah )

    -Jocelyn (Fasilitator)

    -Michell (Fasilitator)

    -Effendi (Fasilitator)

    -Hajar (Fasilitator)

    -Ina (Fasilitator)

    -Zaim (Multimedia)


    Akhir kata, saya selaku pengarah program ingin memohon ampun dan maaf andai tersalah bicara, terkasar bahasa atau terkhilaf perilaku semasa mempin anda semua. Seronok bekerja dengan kalian dan semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain masa, waktu dan ketika. Terima kasih dan we are the best! Sematkanlah dalam hati bahawa PROTON-UTM-KSJ 1Malaysia Camp-In Sahabat adalah program yang terbaik dan kenapa yang terbaik? Hanya kita yang tahu...:)


    Sekian,

    Idham Mahdi,

    PP Camp-In Sahabat 2010


  • You might also like

    2 ulasan: