• Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H / 2010m


    Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera

    Syukur ke Hadrat Illahi kerana kita masih lagi dapat menarik nafas di bumi Allah SWT dan dapat lagi meluahkan idea dan bertukar fikiran di alam maya ini. Alhamdulillah, kita juga dipanjangkan usia oleh Allah untuk berusaha memakmurkan bumi Allah dan juga diberi peluang sekali lagi tahun ini meraikan hari kebesaran Allah untuk meraikan tetamu-Nya yang kini sedang menunaikan rukun Islam ke-5 rumah Allah, Mekah dan Madinah.

    Sebagai umat Islam, kita seharusnya menanamkan cita-cita untuk Baitullah di Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Hal ini demikian kerana, tidak semua orang yang mampu atau berpeluang untuk ke rumah Allah atas faktor-faktor halangan hidup dan juga kesuntukkan masa. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk ke Baitullah, InsyaAllah.

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1431H/2010M kepada semua rakan terutama di Universiti Teknologi Malaysia International Campus sama ada rakan-rakan sekuliah (Diploma Kejuruteraan Elektronik) dan rakan-rakan kepimpinan dalam JKM, JURUTEK, pemimpin-pemimpin persatuan dan juga staf universiti. Tidak ketinggalan, rakan sekerja saya di Petrosains, KLCC. Semoga semangat korban yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW dan peristiwa Nabi Ibrahim AS daapat dijadikan manifestasi kita untuk berkorban ke arah kehidupan yang lebih baik.

    Tidak saya lupakan buat rakan-rakan maya saya di facebook dan seterusnya yang saya kasihi, rakan-rakan bloggers yang dirahmati Allah SWT. Dalam terbitan ini, ingin saya berkongsi beberapa fadhilat mengenai Qurban;

    FADHILAH BERQURBAN

    Berqurban adalah merupakan suatu amalan yang mulia dan penting dalam Islam
    kerana amat besar fadhilahnya, tetapi sayangnya masih banyak orang yang samar-
    samar atau kabur dalam memahami ibadah ini, sehingga ada yang memandang
    ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu berqurban. Semoga dengan
    penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang
    ibadah Qurban serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala ibadah di dalamnya.


    Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji
    (selepas solat 'Idul Adha) dan hari-hari Tasyriq yaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah karena
    beribadah kepada Allah SWT, untuk menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim
    AS yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

    HIKMAH DAN FADHILAH

    • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
    • Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
    • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu menafkahkan
    hartanya ke jalan Allah SWT
    • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah SWT
    • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara
    golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
    • Akan memperolehi kendaraan atau tunggangan ketika meniti titian
    al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad SAW.
    yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan
    kamu di titian pada hari kiamat."

    Wallahu`alam bishowab

    Salam Ikhlas;
    Idham M, UTM IC


  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan