• 14 Tuntutan Majlis Antara Kepercayaan (Inter-Faith Council [IFC])

    Kebelakangan ini, bertiup kencang wara-wara yang menyatakan ada pihak tertentu yang cuba untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian atau lebih mudah, negara yang tidak berasaskan Islam. Malaysia, memanglah sebuah negara sekular tetapi mengangkat Islam sebagai agama rasmi manakala agama lain bebas ubtuk diamalkan, malahan ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Apa yang penting, ternyata ada pihak yang iri hati melihat Malaysia maju dibawah nur Islam yang berkembang subur di bumi bertuah Malaysia ini. Maka, wujudlah beberapa pihak yang cuba menjadi parasit untuk meracuni 'pohon subur' yang telah sedia tumbuh sejak setengah abad ini dengan menuntut perkara yang boleh dianggap, tidak boleh diterima dek akal.

    Lihat sahaja tindak tanduk Interfaith Council (IFC), memang melampau. Menuntut 14 perkara dan semuanya berkait dengan Islam untuk digubal. Apakah mereka ini terancam akibat undang-undang Allah yang telah wujud semenjak 1400 tahun Islam yang lalu?

    Saya kongsikan bersama rakan-rakan 14 tuntutan yang telah dituntut oleh IFC kepada kerajaan Malaysia;

    1-Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.

    2-Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

    3-Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.

    4-Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.

    5-Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

    6-Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

    7- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10-Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

    12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

    13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


    Sebagai orang Islam Malaysia, kita seharusnya bangkit untuk menentang dakyah kafir harbi ini. Sudah tiba masanya kita tidak boleh bertolak ansur dengan pelampau agama yang bersembunyi dibalik nama IFC ini kerana undang-undang Allah dan hak umat Islam itu bersifat mutlak.

    Kita seharusnya nampak dengan jelas bahawa IFC ini banyak kelemahannya sehingga mahu mengubah apa yang telah menjadikan Islam senantiasa kukuh berabad lamanya di dunia dan kini mahu mengugatnya di Malaysia. Perbuatan jelek mereka ini (IFC) seharusnya ditentang dan dilaknat kerana Allah membenci golongan pelampau ini. Firman Allah SWT;


    Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat.Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”

    Quran 109:1 – 109-6 .

    Jika mereka merasakan agama mereka cukup sempurna, mengapa perlu mereka mahu mengubah agama yang telah menjadi cara hidup umat Islam yang syumul? Fikir-fikirkanlah...


    Allahuakbar!

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan