• MINI USR@KULAI CETUS INSPIRASI PELAJAR


    Peserta dan AJK mini USR@Kulai bergambar kenangan di hadapan Balairaya Taman Melati, Kulai, Johor

    Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya (JKM KSJ), UTM international Campus, Kuala Lumpur telah menganjurkan Mini USR @ Kulai 2011 pada 10 Julai 2011 bertempat di Balairaya Taman Melati, Kulaijaya, Johor. Program berbentuk khidmat bakti pendidikan ini merupakan program USR pertama untuk JKM KSJ diluar daripada KSJ dan merupakan program kerjasama pintar bersama Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Taman Melati, Kulai, Johor.

    Seramai 52 orang peserta terdiri daripada calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menjayakan program motivasi selama sehari. Pelbagai lapisan kaum turut hadir menjayakan program ini, tanda betapa bersatunya masyarakat sekitar Taman Melati ini.

    Antara slot-slot yang dijalankan antaranya Motivasi Pelajar Cemerlang bersama Puan Noor Hadayah Ahmad, Pegawai Psikologi UTM JB, Latihan Dalam Kumpulan bersama fasilitator dan juga Slot Jejak Kerjaya. Peserta juga didedahkan dengan teknik-teknik belajar yang menarik untuk diamalkan.


    Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Encik Abdul Razak bin Ali, Pengerusi KRT Taman Melati.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan