• "Kalau diberi peluang, semua orang mahu sempurna"

    Assalamualaikum wrbh dan Salam sejahtera, semua.

    Syukur alhamdulillah, saya kembali diberikan kekuatan untuk kembali berbloging spt ini. Rasanya last post sy, bulan April lalu... Skrg dah masuk bulan Jun. Huhuhu... Agak lama jgak tu x berblogger..

    Okay, tajuk hari ini adalah apa yang saya rasa kblkgan ini dalam benak minda dan hati saya...

    Semua orang mahukan kesempurnaan. Ceritalah apa sahaja, daripada urusan rasmi, tak rasmi atau apa-apa jua yang dibuat atau dilakukan orang, seboleh-bolehnya semuanya mahu sempurna.

    Tapi kadang-kadang, kedaaan tak mengizinkan kita untuk mendapat apa yang kita mahukan kesempurnaan. maksud saya begini :-

    Kalau seorang pengarah program mahukan semua kerja yang berjalan sempurna, mgkin anak buahnya akan melakukan sambil lewa dan tak seperti yang diharapkan

    Kalau seorang pakwe mahukan aweknya ceria, mungkin setiap kali berhubung pasti ada yang tak kena. 


    kalau sebuah sekolah mahukan semua muridnya dpt top score dalam exam, mgkin bila keluar result tak seperti yang disangka.

    Apa-apa pun, semua itu bergantung kepada tahap penerimaan seseorang.

    Ada yang menganggap lebih baik capai sesuatu daripada pulang dgn tangan kosong

    Ada orang pulak akan kecewa dan sentiasa menyalahkan diri sendiri atau orang lain spjg masa


    Ada orang pulak gantung tali dan bunuh diri.. (jgn buat, berdosa besar tau)

    Bagi saya, sy pasrah dgn apa yang terjadi. Mungkin ada external factor yang berlaku disebalik semua itu.. Secara jujur mmg hati ini dah terbakar, tapi apakan daya, dah itu yang kita dapat. Bersabar sahajalah, kita pun sedar diri kita bahawa kita ini tidaklah seperfect mana. Apa-apa pun, saya mendoakan yang terbaik untuk semua orang dan saya positif ia akan kembali jernih seperti sediakala... InsyaAllah.




    -Pakwe Yang Serabut-
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan