• Coretan Pengalaman USR-UTM SMArT CAMP'12@Kluang, Johor

    Assalamualaikum wrbh dan Salam Sejahtera

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas limpah kurniaNya kali ini saya masih lagi diberi ruang untuk menulis dalam blog sendiri. Serius, sejak bulan Mei yang lepas, saya agak kesuntukan masa untuk menaip sesuatu untuk dipaparkan dalam blog. Maaf ya semua.

    Album Rasmi USR-UTM SMArT CAMP'12 yang bakal diterbitkan tak lama lagi.

    Ok, untuk post kali ini, saya akan berkongsi pengalaman saya yang membuatkan saya sibuk sepanjang bulan Mei sehinggalah akhir Jun yang lepas. Jeng jeng jeng, inilah dia, The New University Social Responsibility, USR-UTM Science, Mathematics and Technology Camp 2012 (SMArT CAMP'12) yang diadakan di Kluang, Johor selama 4 hari 3 malam. Sekolah yang terlibat dalam program ini adalah SMK Sultan Abdul Jalil. SMK Tengku Aris Bendahara dan SM Tinggi Kluang. Seramai 548 orang pelajar sekolah mengikuti program ini.


    Persoalannya, apa yang membezakan USR kali ini dengan USR yang lepas ya? Ok, untuk USR@Kluang, Johor ini lebih berfokus kepada khidmat bakti pendidikan di mana ia mengguna pakai modul yang dibangunkan oleh saya dan rakan-rakan JKM KSJ, Persatuan Aeronautik dan RIC pada bulan Disember 2011 dan telah diuji pada SMArT CAMP'12 (SC) @Kuala Lumpur. Kalau dahulu, jika sebut USR sahaja mesti ada bina tugu 1Malaysia, buat wakaf dan juga tinggal di rumah ibu angkat, tetapi kali ini mereka akan masuk sekolah, share ilmu, bimbing mereka dalam pelajaran dan juga beri motivasi kepada adik-adik pelajar sekolah untuk maju dalam pelajaran. Tidur pun di asrama bersama peserta sekolah.

    Untuk SC yang kedua ini, program ini dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTMKL dengan kerjasama Pejabat Wakil Rakyat DUN Mahkota, Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Seramai 78 orang mahasiswa pelbagai kursus terlibat dalam program ini yang bermula pada 14 Jun 2012 hingga 16 Jun 2012.

    Dengan membawakan konsep "Buktikan", semua eksperimen dan modul dijalankan sendiri oleh pelajar sekolah dengan dibimbing oleh para fasilitator dari kalangan mahasiswa UTM. Antara modul yang diketengahkan adalah Rampaian Eksperimen Sains dan Matematik, Pelancaran Roket Air dan Kereta Belon.

    Fasilitator memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan soalan matematik cara mudah.
    Pelajar melancarkan roket air
    Salah seorang pelajar khusyuk mencuba eksperimen "balancing fork"

    Pertandingan Kereta Belon paling jauh dan laju
    Selain itu, para pelajar juga dapat menimba sedikit pengetahuan mengenai proses kemasukan ke IPTA , memotivasikan diri mereka untuk maju dalam pelajaran dan juga berkongsi idea dan pendapat bersama fasilitator mereka.

    SC juga mengekalkan elemen yang terdapat dalam setiap siri USR dimana masih lagi mengadakan malam kebudayaan yang dinamakan Malam Sari Budaya di Dewan Besar STK pada malam terakhir program.


    Selain itu, aktiviti sukan juga diadakan dengan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan asrama STK dalam acara bola sepak dan juga bola jaring. STK berjaya memenangi perlawanan bola jaring manakala UTMKL menebus kekecewaan dalam acara bola sepak.

     
     
    Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday, ADUN Mahkota di Dewan Bestari SMK Sultan Abdul Jalil pada 15 Jun 2012 manakala penutupnya telah disempurnakan oleh Encik Abdul Razak bin Ibrahim, GPK Pentadbiran STK pada Malam Sari Budaya, 16 Jun 2012.

    Y. Bhmt Tuan Haji Md. Jais menerima cenderamata daripada Y. Bhg Prof Datuk Dr. Tajudin.

    Peserta juga sempat beramah mesra bersama dengan penduduk Kg. Sembrong Dalam, Kluang Johor dan alhamdulillah kami semua dapat menikmati makanan tradisi penduduk setempat iaitu Nasi Ambang. Waduh, class gitu..=)

    Memberi sedikit ucapan kepada penduduk Kampung Sembrong Dalam.
    Menikmati nasi ambang bersama masyarakat
    Bergambar dengan AJK surau Kg. Sembrong Dalam.
    Ini dia, nasi ambang bro... Huhuhu.. What do you think? Menggoda kan??

    Pada hari terakhir program, semua peserta program telah dibawa melawat Pondok Polis Bukit Kepong, Muar Johor untuk mengambil iktibar daripada kesusahan yang dialami masyarakat dan polis pada zaman keganasan komunis.

    Sarjan Hazizi memberikan taklimat semasa lawatan ke Bukit Kepong

    Bergambar kenangan di Pondok Polis Bukit Kepong

    Para Peserta melihat bahan pameran yang dipamerkan.

    Di kesempatan ini, saya sebagai Koordinator Program ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama anak-anak buah saya, para peserta, pegawai kanan universiti khususnya Encik Mohd Sharil bin Abdullah dan Y.Bhg Prof Datuk Dr, Mohd Tajudin Haji Ninggal, TNC HEMA UTM, ADUN Mahkota, Y.Bhrmt Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday dan pegawai khasnya, Encik Hafiz, Pengetua dan guru-guru STAB dan SSAJ, Pengetua dan guru-guru STK khususnya Puan Hajjah Hajazura, Kauselor STK di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan untuk menjayakan program USR-UTM SC'12@Kluang Johor.

    Memberikan taklimat dan sedikit motivasi sebagai Koordinator Program

    Gambar kenangan salah satu daripada kumpulan program di SMK Sultan Abdul Jalil (SSAJ)

    Bergambar kenangan bersama peserta di SM Tinggi Kluang

    Terima kasih. =)

    -Idham Mahdi-
  • You might also like

    1 ulasan:

    1. Seronoknya dapat join aktiviti macam ni..

      Awak mengingatkan saya dekat keluarga angkat saya di Gelang Patah Johor.. ;)

      Salam Perkenalan. Jemput tuan rumah utk memeriahkan 2 segmen di blog Coretan Anuar.. Hadiah wang tunai RM500 utk dimenangi.. Tq .. ;)

      BalasPadam