• Gambar bangunan apakah ini?



    Ini merupakan gambar pada tahun 1930 yang direkodkan untuk Sekolah Teknik Kuala Lumpur (kini Universiti Teknologi Malaysia) di High Street Kuala Lumpur. Sebelum itu, Victoria Institution juga pernah menggunakan premis yang sama pada tahun 1893-1929 sebelum berpindah ke tapak baharu di Bukit Petaling (Tapak sedia ada sekarang).

    Owh ya, ada lagi institusi lain yang ditubuhkan selepas Sekolah Teknik Kuala Lumpur berpindah ke Jalan Gurney (tapak UTMKL sekarang), iaitu High Street School pada tahun 1954 dan kemudian berpindah juga ke Setapak dan kini dikenali sebagai High School Setapak pada tahun 1957.

                                    

    Kini, Bangunan Old VI yang terletak di Jalan Tun HS Lee bersebelahan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur digunakan sebagai Taman Budaya Kuala Lumpur dibawah agensi kerajaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Hanya sebuah blok sahaja yang tinggal, manakala yang lain telahpun dimusnahkan dan ada juga yang terbakar dijilat api. 



    Taman Budaya Kuala Lumpur (2013)


    Sumber :-

    1. Laman web Badan Warisan (http://www.badanwarisan.org.my/publications/1999_2000/old_vi.php)

    2. Laman web Universiti Teknologi Malaysia
    (http://web.utm.my/registrar/estaf/128-sejaranpenubuhanutm.html)

    3. Laman web Victoria Institution
    (http://www.viweb.freehosting.net/viOldVI.htm)
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan