• Isu Kalimah Allah

    Tatkala pihak kerajaan dan pembangkang asyik main tarik tali dalam isu ini, tambah-tambah lagi dalam musim diambang pilihanraya, saya tertanya-tanya mana pergi peranan badan induk agama negara kita, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri? 

    Takkan hanya sekadar memerhati sahaja? Tak guna bila nasi dah jadi bubur, baik usahakan dan tunjukkan ketegasan ttg kesucian agama sekarang. . Mana pergi umat Islam di Malaysia ni, takkan masa ni pun mahu toleransi juga tentang hak penggunaan nama Allah? Kita sanggup keluar untuk Himpunan Bersih, KL112, Selamatkan Akidah dan lain-lain, takkan demi Islam pun tak boleh? Mestikah asal berlainan ideologi, semua perkara umum yang diperjuangkan mesti berbeza supaya nampak siapa hero siapa zero? 



    Sejarah penggunaan Kalimah Allah dalam Bible
    --------------------------------------------------------



    Asalnya, Bible tidak ditulis dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam dalam bahasa asalnya iaitu dalam bahasa Greek dan Latin. Tidak ada pun sebenarnya daftar kata Tuhan dalam dua bahasa itu dengan nama Allah. 

    Kemudian, apabila datangnya Islam, maka nama Allah digunakan merujuk kepada Tuhan yang maha satu untuk umat Islam. Maka disini kita dapat lihat bahawa hak penggunaan nama Allah itu milik mutlak umat Islam.

    Dari mana pula timbulnya perkataan Allah untuk agama lain?

    Pendakyah-pendakyah dan penyebar agama lain menggunakan kalimah Allah ini adalah untuk memudahkan orang yang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada tuhan untuk memahami dakyah yang dibawa mereka. Tuhan yang mereka maksudkan bukanlah seperti Tuhan yang maha Agung dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi hanyalah semata-mata perkataan menggantikan Tuhan supaya orang lain faham dengan ajarah dakyah yang dibawa mereka.


    Kita perlu faham, orang Kristian menganggap Jesus sebagai Tuhan, orang Yahudi pula menggunakan nama Yahweh (YHWH) merujuk kepada tuhan mereka, maka disini, tujuan mereka menukar penggunaan tuhan dalam kitab Bible mereka kepada Allah adalah bertujuan untuk mengembangkan agama mereka dan memudahkan penerimaan orang disesuatu tempat yang secara umumnya Allah diguna pakai sebagai Tuhan seperti Indonesia dan Malaysia pada zaman sebelum merdeka. Oleh yang demikian, kenyataan yang tepat untuk isu ini adalah :-



    Perkataan Allah itu merujuk kepada Tuhan bagi Umat Islam, yang maha Agung dan Esa dan tiada tuhan lain yang boleh dirujuk sebagai Allah.


    Jadi, apakah tujuan mereka gatal-gatal mahu menukar nama tuhan kepada Allah? Tak lain dan tak bukan adalah untuk menipu pemikiran umat Islam dalam jangka yang panjang. Sehingga sampai satu masa, di mana anak-anak kita tak mampu lagi nak bezakan bahawa tuhan Islam dan lain-lain itu  tidaklah sama sekali. Mudah kan?

    P/S: sgt2 kecewa dgn situasi semasa dlm negara, sama ada kerajaan dan pembangkang. Hayatilah apa yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Kafiruun, nescaya kalian akan dapat jawapannya..

    Wallahuaklam...
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan