• Revert to Islam atau Convert To Islam??


    Nampak sama, tetapi berbeza pengistilahannya.. Revert maknanya kembali manakala convert adalah tukar. Saya belajar perkara ini daripada rakan saya yang belum lagi memeluk Islam (InsyaAllah, dia bakal memeluk agama Islam akan datang, nanti..InsyaAllah)

                       

    Kenapa begitu?

    Menurut beliau, pengistilahan kembali kepada agama Islam lebih tepat kerana Islam merupakan agama yang fitrah untuk manusia. Fitrah bermaksud kejadian asal insan sebagaimana asalnya.

    Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud,

    "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci bersih. Maka kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada mahu menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi" -Hadith riwayat Bukhari dan Muslim 

    Kenyataan Hadith ini disokong dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:-

    "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"-Surah Ar-Rum ayat 30

    Oleh yang demikian, sejak lahir manusia itu sifatnya fitrah, cuma yang membezakan akalah didikan agama yang menjadikan si anak itu siapa dia kini dan akan datang.

    Maha Suci Allah yang maha mengetahui.

    (p/s : My special tribute post untuk dua orang rakan saya, Cik Nur Farhana Arissa (Jocelyn Tumun Jonny) yang memeluk Islam pada hujung tahun 2012 dan Cik Jacey Yap. )
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan