• Sikap Segelintir Rakyat Malaysia yang Tidak Rasional

    Mereka marahkan kerajaan pilih bulu dalam memberi bantuan kepada rakyat, hanya bagi bantuan pada rakyat yang sokong kerajaan sahaja, tetapi mereka boleh pula hentam kerajaan tak kiralah perkara yang dibuat itu baik ataupun buruk, sebab bagi mereka, sekali tak suka parti cap X, sampai mati pun tak suka parti cap X, hanya kerana terlalu fanatik dengan parti lawan dan tidak memikirkan perkara yang baik dan telah dilakukan oleh pemimpin parti cap X.

    Seharusnya, sebagai rakyat, kita patut menghormati dan berlapang dada dengan kerajaan yang dipilih secara majoriti. Suka atau tidak suka harus ditolakkan ke tepi untuk sepanjang tempoh pentadbiran mereka dan dizahirkan pada peti undi yang akan datang(itu yang selalu saya katakan pada rakan-rakan saya yang rajin sangat pergi demonstrasi, x mengapalah, itu hak mereka). Apa yang penting, hormatilah pemimpin untuk mejalankan hak mereka sebagai pemimpin dan kita patut jadi pemikir yang rasional bagi memastikan apa yang dibuat pemimpin itu betul.

    Apakah dengan cara ini, kita akan mampu untuk maju dengan rakyat yang berpolitik matang pada tahun 2020 sekiranya rakyat lebih memilih menjadi seperti lembu dicucuk hidung, hanya disuap dan dikerah untuk mendapatkan sesuatu kebaikan? Rakyat kena bijak jika mahukan pemimpin bijak memimpin mereka.

    Apa-apapun, saya mendoakan agar Malaysia kita sentiasa dirahmati, pemimpin kita sentiasa diberi kekuatan untuk memimpin dan juga rakyat hidup aman sejahtera. Amin.

    p/s : Video Ucapan Tahun Baru Cina oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang menarik untuk dihayati, tetapi hanya menerima sedikit sahaja like, dan yang lain....hmmm... Walhal x ada pun logo dancing kat situ... Tak apa lah Datuk Seri, yg penting ingat kepada sambutan penting rakyat malaysia. Selamat tahun baru Cina buat rakan-rakan saya berbangsa Cina!


  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan