• Woof...woof... Anjing



    Bila sebut pasal Anjing je, mesti orang Islam-Melayu pandang serong di Malaysia. Kotor, jijik, kene gigit, samak, najis berat, adik beradik khinzir dan macam-macam lagi persepsi kita pada anjng.

    Tahukah anda, 
    1. walaupun anjing ini haram dalam Islam dan diklasifikasikan najis, tetapi Islam tak pernah menghalang umatnya mengasihi anjing, malah ada beberapa mazhaf membenarkan tubuh anjing dipegang dalam keadaan kering.


    2. Anjing yang dijanjikan tempat dalam syurga adalah anjing dalam peristiwa Ashabul Kahfi


    3. Dengan hanya mengasihi anjing, seorang pelacur diberikan Allah SWT ganjaran besar dengan hanya memberi minum anjing yang kehausan di padang pasir

    Benar, anjing itu haram. Tapi tidak bermakna kita tidak boleh mengasihani anjing, kerana anjing itu adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Setiap ciptaan Allah itu pasti ada hikmahnya dan pelajaran untuk manusia kaji.

    p/s : Video sepasang suami isteri berbuat kebajikan dengan memelihara hampir 500 ekor anjing dan kucing terbiar sangat menyentuh hati saya. Klik sini untuk tonton.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan