• Eh, menunjuk la mamat ni


    Orang menunjuk kisah kejayaan dia kat facebook? Tunjuk pandai atau bagus kat facebook.. Alahai, kawan. Kenapalah busuk hati sangat? Be positive!

    Ini facebook, masing-masing ada wall sendiri untuk share, maka gunakan sebaik mungkin untuk sebarkan perkara yang positif. Apa la salah hamba Allah nak gunakan 'wall dia sendiri', saya ulang '...wall dia sendiri', untuk berkongsi apa yang dia rasa baik untuk kebaikan dan inspirasi bersama.

    Come on, be positive atas setiap sesuatu.. Macam mana bangsa nak berjaya kalau semua perkara yang orang lain buat mudah benar disalah ertikan. Kalau tak puas hati di media sosial, jangan tekan butang 'like', 'share', 'retweet' atau sewaktu dengannya, dan duduk diam-diam. Jangan pulak sibuk sok sek sok sek dok jaja si pulan bin pulan ni bla bla bla...

    Bersangka baik dan bersikap positif boleh mengelakkan prasangka dan memenangkan jiwa. Tak percaya, cubalah sendiri. Malah, dalam agama pun dituntut begitu..

    #pesanan buat diri sendiri dan kawan2 juga..
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan