• Hatiku Luka Lagi

    Hatiku luka lagi,
    Tiada ruang buatku mengadu,
    Adakah lagi yang ingin mendengar keluhku?

    Pedih lukaku,
    Walau tidak berdarah,
    Tidak mengalir seperti luka di badan..

    Ku balut lukaku sendiri,
    Ku telan ubat yang pahitnya tidak terperi,

    Perlahan-lahan,
    Ku membawa hati yang lara ini pergi,
    Mencari cinta yang sejati,
    Walau terpaksa menapak berjuta batu jauhnya,
    Menunggu berabad-abad lamanya...

    IdhamM, 2013
    Setapak, Kuala Lumpur



  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan