• Harga yang perlu dibayar untuk 'nikmat lebih'


    Subsidi minyak dikurangkan sebanyak RM0.20 untuk minyak petrol Ron 95 dan Diesel berkuatkuasa tgh mlm semalam. Sejurus pengumuman itu, ramai yang berpusu-pusu mendapatkan minyak murah sebelum detik kenaikan harga minyak. Sekelip mata, stesen minyak menjadi seperti pisang goreng panas untuk beberapa jam.

    Saya tak suka dengan perkembangan semasa ini, dan saya percaya ramai lagi sekapal dengan saya. Ye la, sebagai pengguna motorsikal tegar, kenaikan 20 sen itu amatlah dirasai. Tapi apakan daya, pahit bagaimanapun hempedu, terpaksa ditelankan jua. Dah tiba masanya saya perlu berfikir untuk kurangkan penggunaan petrol dan kembali menggunakan kudrat 4 kerat ini.

    Inilah dunia hari ini yang berteraskan kapitalis. Yang kaya semakin kaya, dan yang miskin semakin miskin. Golongan kaya terus memanipulasikan ekonomi supaya mereka terus berkuasa. Yang tertindas adalah golongan miskin.

    Malah, sepupu saya pernah share info yang lahirnya seorang kaya akan memiskinkan tiga orang lain. Mungkin juga ada benarnya.

    Pemberian wang BR1M yang katanya akan ditingkatkan jumlahnya daripada RM500 ke RM1200 saya rasa mungkin sebab utama kenapa subsidi dikurangkan. Ye la, mana kerajaan nak cari duit lagi kalau tidak dari mengurangkan subsidi minyak. Mungkin atas sebab itulah, mengapa harga bahan api Malaysia naik akibat pengurangan subsidi dan pemberian BR1M ditingkatkan.

    Mana yang menggunakan BR1M dgn baik itu baguslah, cuma ada juga yang gunakan wang BR1M itu untuk berbelanja beli perkara yang kurang penting dan lebih kepada bermewah-mewah.

    Cadangan saya untuk menyelesaikan masalah ketirisan bantuan subsidi kerajaan dan inisiatif meringankan beban rakyat, yang mana patut dan layak dibantu;

    1. Latar belakang penerima bantuan harus di semak semula supaya yang mana benar-benar layak sahaja mendapat bantuan. Setiap kawasan ada tahap yang berbeza mengenai kos sara hidup, bergantung kepada kegiatan ekonomi setempat. perkara ini juga kerajaan perlu lebih peka. Gerakkan agensi kerajaan seperti PBT, Majlis Agama Islam, JKM, JKKK kampung dan Persatuan Penduduk bagi menyiasat dengan lebih lanjut latar belakang penerima bantuan. Wakil rakyat juga harus selalu turun padang, bukan buat emas dalam parilmen.

    2. Wujudkan identiti khas untuk golongan ini sama ada dalam bentuk kad atau apa-apa medium yang berkesan bagi memudahkan mereka menerima bantuan yang sewajarnya seperti potongan harga barangan asas. Mungkin data yang sedia ada terlalu sedikit atau mudah sangat dimanipulasi sehinggakan orang yang bermewah-mewah pun dapat subsidi.

    3. Subsidi minyak diberikan kepada pengguna kereta dan motorsikal yang mempunyai kapasiti enjin yang bersesuaian. Mungkin bagi kereta bawah 2000cc atau untuk motorsikal 150cc ke bawah dan hanya untuk warganegara sahaja. Stesen minyak seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan jual beli bahan api ini.

    4. Bantuan BR1M diberikan bukan dalam bentuk tunai, sebaliknya dalam bentuk list barang yang hanya dihadkan pada nilai yang diberi. Oleh yang demikian, salah guna bantuan Br1M dapat dielakkan.

    5. Bagi institusi kerajaan, IPT, kampung dan PPR, mungkin boleh wujudkan koperasi atau kedai sendiri untuk menjual barang bersubsidi supaya kos hidup mereka dapat dikurangkan secara tersusun.

    Saya faham yang kerajaan tak mampu atau ada hadnya mahu membantu rakyat, tetapi seharusnya kerajaan perlu lebih dinamik dan efisen dalam menguruskan sumber. Bagi saya yang mengkritik, memang mudah. Saya mengakuinya yang tugas mengkritik saya mudah. Tapi itu tak bermakna kerajaan tak boleh mempertimbangkan segala alternatif yang ada untuk itu. Setiap kesempitan itu ada kesenangan. Semoga kerajaan mampu membuat penilaian yang lebih baik demi masa depan yang lebih gemilang.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan