• Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpah Darahku



    Kepada semua rakyat Malaysia,
    Tak kira Melayu, India, Cina,
    Anak negeri Sabah dan Sarawak,
    Kaya atau miskin,
    Tua mahupun muda,
    Ingin daku sampaikan,
    Salam sayang buat Pertiwi,
    Tanah tumpah darahku..

    Ku kirim doa dan ingatan buat pejuang syahid untuk negara,
    Barisan pemimpin dan ilmuan terdahulu,
    Agar senantiasa tenang di sana.
    Warkah merdeka ini,
    Akan kami pertahankan,
    Walau terpaksa bermandi darah sekalipun,
    Kerana, Malaysiaku berdaulat,
    Tanah tumpah darahku...

    #salam kemerdekaan ke 56. Moga Allah payungkan rahmat dan sejahtera sentiasa buat kita.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan