• Strategi Anak Muda mendepani Isu Semasa


    Bila sebut sahaja apa yang diperjuangkan, siapa yang tak mahu?

    *Harga barang turun
    *Bantah kerajaan naikkan harga barang yang melampau
    *Pilihanraya yang bersih dan adil

    dan macam-macam lagi ketirisan kerajaan yang dilaporkan, sama ada rasmi mahupun tak rasmi. Saya sokong tanpa berbelah bahagi.

    Cuma, anak2 muda yang dirahmati, jangan nilai yang tak pergi demo, yang perhati daripada jauh tu hanya berpeluk tubuh dan kecut. Ada sebab munasabab yang kita tak tahu, jangan simply kita main tuduh je.

    Lagi satu, janganlah terlalu lancang menghukum hanya sebab perbezaan pendapat. Awok nak orang ikut ideologi awok, tapi awok tak hormat pendapat orang. Bagaimana tu?? Kene ada give and take dalam membicarakan sesuatu. Boleh bersetuju ataupun sebaliknya, tapi dengan bijaklah...

    Hakikatnya, turun demo bukanlah satu-satu cara untuk berjuang. Banyak lagi. Mari saya cadangkan :-

    1. Lontarkan idea bernas kalian melalui media sosial (you tube, blog, fb, twt)

    -Tgk dari konteks Malaysia je la, Yuna, Bobo, Shahsa Selero Syok Sendiri dan Najwa Latiff popular bagaimana? Dengan you tube dan berjaya menarik perhatian dengan apa yang dilakukan mereka. Ada mereka demo kat tgh2 bandar nak tarik perhatian? Rasanya dari sudut Malaysia sebagai negara paling 'tegar' pengguna laman sosial, x ada masalah pun nak utarakan idea dengan mudah dan cepat.

    2. Kenapa harus pilih tarikh-tarikh tertentu dan tempat tertentu?

    -Ini persoalan yang Tan Sri Nordin Kardi utarakan. Sepatutnya buatlah merata tempat, bukan hanya KL. Barulah adreline semangat boleh dirasakan semua. Kalau benar2 'brutal' dengan perjuangan, buat di semua tempat, bukan hanya KL sahaja. Pas tu hanya satu tarikh sahaja, secara psikologinya, pihak kat atas mungkin tak takut pun sbb mereka tahu anak2 muda ni demo sbb hanya sehari, pas tu berita panas untuk dua minggu shj paling lama kot..

    3. Anak muda turun ke tempat-tempat terpencil, bermasyarakat dan menyebarkan kefahaman mereka mengenai cakna mereka tentang isu semasa.

    -Masalah kebanyakan anak muda sekarang, mereka terlalu bergaul sesama mereka sahaja (kurang bermasyarakat). Hanya segelintir shj yang mahu turun kampung ke kampung, rumah ke rumah kenal masyarakat, bertukar idea dan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. Masih ramai yang memilih menghabiskan masa depan laptop bermain dota, menjadi keyboard warrior dan lain2. Tak salah, cuma bila nak ajak berbicara tentang isu semasa, bykkan masa turun padang dan berkongsi idea, memahami jiwa rakyat.

    4. Perubahan bermula dengan diri sendiri.

    - Anak muda mahukan orang memahami jiwa mereka, jadi kitalah sebagai anak muda harus berubah menjadi pemikir yang matang. Jangan main sailang sahaja kalau dah tak sama ideologi. Masing-masing ada kefahaman dan pengalaman yang harus kita hormati, tidak lupa juga ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Tak kisahlah apa aliran politik yang dipegang, janganlah kita kira, hanya susu setitik, rosak susu sebelanga. Tak semestinya berjuang sebab tak puas hati dengan kerajaan, masuk pembangkang. Berjuang dengan berprinsip, tak kiralah parti apa pun yang disertai. Contoh ada depan mata, sama ada kita mahu terima ataupun sebaliknya.

    Saya percaya, anak muda Malaysia mampu lakukan sesuatu yang boleh mempengaruhi dasar kerajaan yang semakin hari semakin 'pelik' ini dengan terus padu memberikan hujah dan idea yang bernas. Ianya bermula dengan bagaimana kita bawa diri, menentukan sejauh mana idea kita boleh diterima oleh khayalak.

    All the best dan salam perjuangan.

    Idham Wan Mahdi
    3-1-2014
    Parit Raja, JHR, MY
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan