• Jangan Wujudkan Jurang Atas Pencapaian Akademik!

    3 Idiots mengangkat tema cabaran di Universiti sebagai persoalan utama.
    Tertarik dgn mesej yg disampaikan Aamir Khan dlm 3 idiot, sistem gred di Universiti hanya mewujudkan pengasingan ketara antara pelajar bijak dan sebaliknya yang akhirnya membentuk sistem kasta secara tidak langsung. 

    Sepatutnya di Universiti, mereka harus faham yang setiap org mempunyai daya penerimaan yg berbeza dan juga mempunyai cara terbaik utk mengatasi jurang ini. Gred hanyalah angka untuk seketika, boleh jadi org yg mendapat gred baik itu mmg betul2 bijak, dan boleh jadi juga bernasib baik..

    Setiap org ada latar belakang yang berbeza, tapi tak bermakna layanan pun harus berbeza.. yg cemerlang msti dpt hadiah dan sanjungan, yang gagal dan kurang bernasib baik, menyendiri dan akhirnya jauh didiskriminasi, sama ada mmg diri sendiri yg buat atau komuniti yang katanya berilmu itu sendiri...

    Kalau yang atas sedar yg yuran di bayar sama shj semua, dah tentu takkan ada pemikiran begini. Tak salah meraikan yg hebat, tp jgn lupakan yang kurang bernasib baik.

  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan