• Kembali Ke Perwira

    Kasih si ibu kucing. Walaupun kurus kering, tapi masih lagi meyusukan anak-anaknya. Begitu juga kasih ibu dan ayah yang sanggup buat apa sahaja demi melihat anaknya berjaya.



    Pagi td, sy menyambut ayah dan adik sy dari KL untuk mendaftar kolej. Awal2 pagi dah terpacak di pekan Parit Raja tak mahu ayah saya menunggu lama. Selepas ambil barang di rumah sewa saya dan bersarapan, kami bertolak ke Perwira untuk proses pendaftaran.

    Ramai sungguh yang bersemangat mendaftar di awal pagi. Pendaftaran bermula jam 9 pagi. Sementara menunggu adik mendaftar, sy dan ayah sy buat perkara2 yang patut. Selepas itu, ayah beransur ke Kukup.

    Keadaan pendaftaran di Perwira lancar. Adik sy pun rasanya x lama menunggu untuk mendaftar. Terima kasih kepada petugas perwira yang menjalankan tugas dgn efisen.

    Ibu dan bapa penghuni juga dilayan dgn baik dgn memberikan minuman dan biskut percuma. Bukan beratur ambil sendiri, tetapi ajk yg datang serve. Tahniah. Inisiatif yg sy kira cukup menarik.

    Sy sempat bersembang dan bertegur sapa dgn ex-roomate, coursemates dan rakan2 kepimpinan perwira juga serta berkongsi idea dan perancangan KKDT utk sem ini.

    Owh ya, di Perwira juga sy sempat bersembang dengan kwn baik ayah sy dari Sg. Petani. Dia boleh cam dengan baik sy dgn menyebut nama ayah sy.. mgkin muka kami seiras kot.. hahaha...

    Apa2 pun, sy menikmati masa pagi sy di Perwira dgn baik, semoga perjalanan pendaftaran terus lancar. Kepada rakan2 UTHM sy, slmt kembali ke UTHM dan hati2 di jalan raya.

    Bersama2 post ini, saya sertakan sekali gambar keluarga kucing yang sedang menyusukan anak2nya sementara di Perwira sedang sibuk dgn proses pendaftaran. Kucing ini mengingatkan sy pd kasih syg mak ayah sy yang membesarkan sy sehingga kini. Alhamdulillah..
     — at Kolej Kediaman Perwira
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan