• Apa cerita dengan bahasa Melayu, terpinggir di bumi sendiri


    Tatkala kerajaan begitu giat melaungkan slogan 'bahasa Melayu bahasa kebangsaan' dan kebetulan jatuh pd bulan bahasa kebangsaan, terdapat banyak lagi agensi kerajaan yang merendah2kan martabat bahasa Melayu. Tapi ada yang ambil kisah??

    Sbg cth, pertandingan dijalankan sama ada menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi yang guna bahasa Inggeris mendapat markah lebih.
    Alasan? Sebab nak berurusan dengan orang luar perlu cekap bahasa inggeris.
    Maaf kata, ini yang terlintas dalam minda saya, apa orang Malaysia terlalu dayus ke utk guna bahasa Melayu untuk urusan rasmi? Dan yang bercakap perkara itu adalah orang Melayu sendiri.
    Ada benarnya perkara tersebut. Habis kalau dah melayu dan Malaysia tak nak guna bahasa sendiri, nak harap orang putih guna bahasa Melayu ke?
    Jangan harap!
    Orang asing ketawa terkekek kekek tgk betapa rangupnya jati diri orang Malaysia apabila bahasa inggeris mengatasi bahasa melayu sejak dua menjak ini.
    Belajar bahasa asing itu pilihan. Kita di Malaysia, bukan Eng-sia.
  • You might also like

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan