Naib Canselor universiti itu, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, UTHM menerima penarafan lima bintang untuk kriteria pengajaran, kemudahan dan juga inovasi.

Katanya, universiti itu juga menerima penarafan tiga bintang untuk skor keseluruhan yang meliputi lapan kriteria diaudit iaitu penyelidikan, kebolehpasaran pekerjaan, pengajaran, kemudahan, pengantarabangsaan, inovasi, tarikan serta kejuruteraan dan teknologi.

“Keputusan audit ini membuktikan keupayaan UTHM untuk bergerak setanding dengan universiti ternama lain dari dalam dan luar negara serta membuktikan keupayaan untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia"